16 jam sakit bersalin,Ardell Aryana pengsan,tumpah d4rah

PELAKON Ardell Aryana yang baru sahaja bersalin pada 5Jun lalu mengalami pendarhan yang teruk sehingga menyebabkan dia mvntah tanpa henti selepas melahirkan cahaya mata pertama pada Jumaat lalu.

Perkara itu dikongsikan di laman sosial milik anak nya @babyahwardell yang dipercayai ditulis oleh suami Ardell, pelakon Nadzmi Adhwa.

“Hari ke-3 baru dapat merasa dalam dakapan umi. Selepas saja selamat melahirkan saya, umi muvntah terus p3ngsan sampai keesokkan harinya.

“Umi cuba bangun, jururawat mandikan umi mvntah lagi kemudian umi p3ngsan terus dalam tandas sebab umi turun banyak daarah tapi umi tetap juga kuat.

“Alhamdulillah hari ini (Ahad) umi saya dah semakin kuat, tak pengsan lagi. Dapat duduk dalam dakapan umi sekejap semalam dan pagi tadi. Semoga cepat sembuh umi. Baby dan abie doakan,” katanya.

Rata-rata netizen meluahkan rasa syukur dan mendoakan agar Ardell cepat sembuh serta dipermudahkan segala urusan.

 

Pada Jumaat lalu, Nadzmi berkongsi berita gembira apabila selamat menimang cahaya mata sulung selepas isterinya itu bertarung kes4kitan selama 16 jam.

Bagaimanapun, sehingga kini, pasangan tersebut masih merahsiakan jantina bayi pertama mereka.

Ardell dan Nadzmi berkahwin dalam sebuah majlis sederhana yang diadakan di kediaman keluarga pengantin perempuan di Seri Kembangan, Selangor pada 1 September tahun lalu.

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatPress

Sumber:mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*