Tak perlu dah jual jus mangga demi PS4, impian kanak-kanak ini ditunaikan oleh Safawi Rashid

Kuasa media s0sial. Tak sampai sehari kisahnya menjadi tvlar, impian kanak-kanak lelaki ini akhirnya tercapai dengan sumbangan daripada penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid.

Semalam, mStar melaporkan Danish Izzudin, 10, sanggup berniaga jus mangga demi mengumpul wang untuk membeli permainan Sony PlayStation 4 (PS4).

Safawi yang tertarik dengan kisah itu telah meluahkan hasrat untuk merealisasikan impian kanak-kanak berkenaan.

 

Jelas pemain prolifik negara ini, dia amat memahami perasaan apabila sukar untuk mendapatkan barang yang diidamkan.

Susulan itu, Safawi berbesar hati menghadiahkan PS4 yang diidamkan Danish Izzudin dalam tempoh terdekat ini.

“Saya dulu pun susah kalau nak dapatkan barang-barang yang diidamkan. Lagipun keluarga perlu mendahulukan perkara yang lebih penting sebelum memberi apa yang saya nak.

 

“Kalau tak dapat juga, saya akan kumpul duit dan belilah apa yang saya nak. Dan sekarang, rezeki saya murah sebagai pemain bola sepak dengan JDT.

“Jadi apa salahnya saya membantu adik itu (Danish Izzudin) menghadiahkan permainan idamannya,” kongsi Safawi.

Pemain kelahiran Dungun, Terengganu berusia 23 tahun ini memang tidak lokek dalam memberi bantuan kepada golongan memerlukan.

Malah sebelum ini, Safawi turut membantu keluarga susah di kampungnya ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Saya gembira tengok orang lain ‘happy’. Saya akan minta orang ‘gamers’ hantar hadiah itu nanti kepadanya,” tambahnya.

Sementara itu, Danish turut meluahkan rasa terkejut dan syukur atas tawaran oleh pemain bola berkenaan.

Ujarnya, dia sememangnya meminati Safawi dan menjadikannya sebagai idola setiap kali bermain bola bersama rakan-rakan.

Kisah Danish yang menjual jus manga menjadi tular di Twitter.

“Dia sebenarnya idola saya. Saya rasa terkejut sangat sangat, rasa terharu pun ada, tiba-tiba je ada orang nak sponsor PS4.

“Tambah-tambah pula idola yang nak sponsor, memang happy sangat. Tak pernah sangka pun Safawi akan notice kewujudan saya,” ujarnya.

Dalam temubual sama, Danish turut menzahirkan rasa terima kasih buat Safawi atas sifat murah hati yang dipamerkan itu.

 

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatPress

Sumber: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*