Amyra Rosli muntah-muntah, sakit perut selepas balik dari rumah keluarga

 

PELAKON Amyra Rosli mendapatkan rawatan kira-kira sejam di sebuah pusat perubatan akibat mengalami keracunan makanan.

Suaminya Amar Baharin berkata, Amyra mengalami simptom muntah-muntah dan sakit perut yang serius selepas pulang dari rumah keluarga mereka pada Isnin.

 

 

“Amyra mengalami keracvnan makanan yang agak teruk juga. Sebabkan banyak kali dia muntah tak berhenti dan mengalami sakit perut yang berpanjangan, saya ambil keputusan bawa dia ke hospital.

“Anak kedua kami masih lagi menyusu badan, saya takut akan beri kesan kepada baby sebab itu, saya terus bawa Amyra jumpa doktor.

“Selama satu jam juga Amyra di hospital semalam (Isnin) untuk rawatan. Alhamdulillah, keadaan dia semakin baik tapi sekarang sambung berehat di rumah saja,” kata Amar ketika dihubungi.

Sebelum ini, Amar atau nama sebenarnya Amar Mohd Baharin, 35, memuat naik foto Amyra sedang terlantar di sebuah hospital dengan kapsyen mendoakan kesembuhan isterinya di Instagram.

Ruang komen di perkongsian Amar itu dipenuhi dengan doa netizen agar pelakon drama bersiri popular Nur itu cepat sembuh dan kembali sihat seperti biasa.

Amar dan Amyra mendirikan rumah tangga pada 2016 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Aqeef Anaqi, 2 dan Ayra Aryssa 4bulan.

 

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatPress

Sumber:mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*