Ini sebabnya kenapa hand sanitizer TIDAK BOLEH ditinggalkan di dalam kereta

Sehingga ke hari ini, masyarakat seluruh dunia masih berhadapan dengan pand3mik C0vid-19.

Antara langkah pencegahan yang disarankan untuk memvtuskan rangkaian C0vid-19 adalah dengan kerap mencuci tangan ataupun menggunakan hand sanitizer.

Kerana itulah ramai yang membawa hand sanitizer ke mana sahaja mereka pergi.

Bagaimanapun seorang doktor di Alberta Health Services men3gah sama sekali perbuatan meningglkan hand sanitizer di dalam kereta.

Presiden kepada AHS iaitu Dr. Verna Yiu dan Dr. Laura McDougall juga menegaskan bahawa, mencuci tangan dengan sabun dan air suam merupakan cara lebih baik dalam mencegah penularan w4bak.

Namun beliau mengakui bahawa, hand sanitizer lebih praktikal untuk diamalkan ketika berada di luar rumah dan tempat kerja.

“Ramai yang menjadikan hand sanitizer sebagai alternatif menggantikan sabun, terutama sekali ketika mereka keluar rumah.”

McDougall menulis di Twitternya, oleh kerana sekarang ini bekalan sanitizer mendapat permintaan yang tinggi, maka ada pihak yang mulai menghasilkan sanitizer sendiri dengan berasaskan alkohol yang kandungannya kira kira 60-90%.

“Apabila sanitizer itu terdedah kepada suhu panas yang berterusan, alkohol dalam sanitizer itu sebenarnya boleh mengwap dan hilang kepekatannya.”

“Jika dalam keadaan yang terlalu panas, ianya boleh mencetuskan keb4karan.”

Selain itu, beliau juga menegaskan, terdapat satu jurnal perubatan– termasuk satu daripada 2011 – menyatakan kes seorang petugas kesihatan terbakar ketika menyalakan rokok selepas dia menggunakan sanitizer.

Jabatan pencegah kebakaran di AS sudah mengeluarkan am4ran berkaitan kemungkinan akan perkara itu pada pertengahan April.

Suhu kereta yang terlalu panas apabila dibiarkan di luar, boleh mengundang risiko kepada masaalah tersebut.

Ketua Bomba Lethbridge, menyatakan: “Walaupun sanitizer menjadi benda yang sangat bagus untuk mencegah w4bak merebak, namun ianya ada risiko kebakaran.”

“Sanitizer dengan alkohol ada flashpoint (suhu ia meng-wap dan kemudian boleh mencetvskan api jika ada sumber percikan) yang sangat rendah iaitu sekitar 20 darjah celcius.”

Walaupun ada yang mempertikaikan fakta tersebut,namun bagi mereka yang dari negara beriklim panas, mengakui memang ada risiko sekiranya hand sanitizer ditinggalkan di dalam kereta.

Maka cara paling selamat adalah dengan menyimpan sanitizer di tempat yang sejuk dan kering serta jauh daripada capaian kanak kanak.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: Canadian Press via Axello

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*