Foto-foto nostalgia ketika penggambaran filem Azura 30 tahun dahulu!

Mereka yang lahir sekitar tahun 70an dan 80an pastinya mengetahui filem Azura yang pernah menjadi fenomena satu masa dulu.

Dibintangi oleh Jamal Abdillah ,filem ini berjaya melonjakkan nama beliau sebagai pelakon setelah berjaya melakar nama sebagai penyanyi menerusi pertandingan Bintang RTM 1978.

Filem Azura turut dijayakan oleh Fauziah Ahmad Daud (Ogy) sebagai pelakon wanita utama, selain arw4h Rafie Hussein, Syed Sobrie dan A. Galak.

Filem ini diarahkan oleh Deddy M. Borhan dan ditayangkan di pawagam pada tahun 1984. Ia berjaya mencapai kutipan RM1juta, satu angka yang boleh dibanggakan ketika itu.

Lagu hit dalam filem ini ; Sandarkan Pada Kenangan dan Azura adalah ciptaan pertama M.Nasir untuk Jamal Abdillah. Lagu Azura telah berjaya memenangi LAGU TERBAIK pada Pesta Filem Malaysia (PFM) ke-5 pada tahun 1985.

Penggambaran filem Azura ini telah dirakam di sekitar tanah air, seperti di Sabah, Stesen Caltex Taman Melawati, dewan orang ramai taman ibukota, taman Titiwangsa, taman tasik Jalan Timur,PJ.(SEMUANYA MASIH ADA DAN WUJUD LAGI)

Selain itu,filem Azura juga ada menjalani penggambaran SMK Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam selama beberapa hari sempat dan dirakamkan oleh para guru.

Berikut ialah diantara nya:-

Memang kacak Dato’ Jamal masa ni. Ogy pula cantik. Padanlah gabungan mereka dalam filem ni meletvp.

Hebat tak hebatnya pengaruh filem Azura ni, sampai Dato Jamal sendiri menamakan puteri sulungnya Azura!

Sumber:Repair Gambar Lama
Foto: Sahabat Shah Alam

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*