Wow! Ini sebabnya Wany Hasrita dapat Al-Quran dari Raja Arab Saudi

“Alhamdulillah, terima kasih Raja Salman,” kongsi Wany Hasrita yang menerima naskah Al-Quran hasil sumbangan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud baru-baru ini.

Untuk makluman, Al-Quran yang diterima Wani itu meliputi pelbagai terjemahan bahasa termasuk Bahasa Melayu.

Sebanyak 20,000 naskhah Al-Quran yang sama akan diagihkan pada tahun ini ke seluruh Malaysia sebagai penghargaan pada rakyat Malaysia.

Malah menurut Pertubuhan Ilmuan Malaysia (iLMU), pengerusinya Dato Ahmad Tajuddin Idris yang mengaturkan pertemuan Wany dan ibunya bersama Atase Agama Kedutaan Arab Saudi, Syaikh Abdul Rahman Ibrahim Al-Rubai’an.

Ia adalah kesinambungan daripada jemputan haji yang diterima penyanyi itu dari kerajaan Arab Saudi pada tahun lalu.

 

 

 

 

 

Sumber:myartis

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*