“Anak-anak belum sedia temu bapa mereka” – Ziana Zain

Penyanyi popular, Ziana Zain, 52, menafikan dakw aan dia menghasvt anak-anak supaya membe nci dan mengha lang bertemu dengan bapa mereka yang juga bekas suaminya, Armin Zaharin Ahmad Zambri.

Ziana yang kecewa dengan tuduhan tidak berasas itu berkata, adalah mustahil untuk dia memisahkan kasih sayang seorang bapa dengan anak-anak hanya kerana berlaku perce raian antara mereka.

“Saya terdengar cakap orang mendakwa saya tidak membenarkan anak-anak bertemu dengan bekas suami. Itu tidak benar sama sekali. Perceraian berlaku hanyalah antara saya dan dia, anak tidak seharusnya menerima hukuman atas apa yang terjadi antara kami.

“Saya sering bertanyakan pada anak-anak, apakah mereka ingin bertemu dengan bapanya. Saya tak mahu mend3ra emosi mereka hanya kerana perasaan den dam atau ama rah terhadap bekas suami.

“Cuma buat masa ini, anak-anak belum bersedia dan memerlukan masa untuk bertemu bapa mereka. Saya faham perasaan mereka dan jika satu hari nanti mereka menyuarakan hasrat mahu bertemu, saya akan mengizinkannya,” katanya.

Ziana atau nama sebenarnya, Siti Roziana Zain berkata, jauh di sudut hati, terbit rasa sedih apabila mengenangkan nasib anak-anak yang terpaksa menempuh kehidupan tanpa seorang bapa di sisi.

“Saya seorang anak yang rapat dan manja dengan bapa. Jadi, bila mengenangkan nasib anak-anak saya sendiri yang terpaksa membesar tanpa bapa, saya rasa sangat sedih. Dalam usia masih mentah, mereka perlu melalui pengalaman seperti ini.

“Namun, saya lihat mereka sangat tabah, lebih lagi anak sulung, Muhammad Aiman yang sangat bertanggungjawab membantu menjaga adik-adiknya. Doa saya semoga kami semua dilindungi dan cekal dalam menempuh pelbagai ujian yang mendatang,” katanya.

Ziana dan Armin yang mendirikan rumah tangga pada Mei 1998 dikurniakan empat cahaya mata iaitu Muhammad Aiman, 21, Muhammad Ammar, 16, serta pasangan kembar Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 11.

Konflik rumah tangga pasangan ini tercetus pada Mac 2018 apabila timbul dakwaan Armin mend3ra anak lelaki mereka. Ekoran kejadian itu, Ziana membuat lap0ran polis, selain bertindak memfailkan perc3raian.

Armin menamatkan kemelut yang melanda perkahwinan mereka apabila menceraikan Ziana dengan talak satu pada Julai, tahun yang sama.

Sumber:HM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*