Taman tema di Wuhan dibuka kembali kepada pengunjung

Bagai tiada apa yang jadi. Biarpun masih belum sepenuhnya dari sumpahan k0ronavirus, ribuan pengunjung dilihat sebagai beratur untuk masuk ke sebuah taman tema di Wuhan selepas dibenarkan beroperasi semula susulan pandemik C0vid-19.

Taman tema Happy Valley itu ditutup selama empat bulan selepas rakyat Wuhan diarahkan untuk menjalani perintah berkurung.

W4bak itu yang meragvt lebih 320,000 nyawa di seluruh dunia dipercayai berpunca dari sebuah pasar basah di Wuhan tahun lalu.

Semalam, taman tema yang mula beroperasi sejak 2012 itu menerima kehadiran 3,000 pengunjung walaupun timbul kebimbbangan akan berlaku gelombang kedua wbak tersebut.

Bagaimanapun taman tema itu dibenarkan beroperasi 20 peratus daripada kapasiti sebenar.

Pengunjung perlu membuat tempahan awal dan suhu badan mereka akan diperiksa sebelum memasuki taman tema itu.

Pihak berkuasa Wuhan berkata 5.5 juta ujian saringan sudah dijalankan terhadap penduduk di wilayah itu.

Hanya 15 kes baru dikesan membabitkan mereka yang tidak menunjukkan sebarang gejala Covid-19.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatPress

Sumber:mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*