“Alhamdulillah hasil penat lelah kerja siang malam”- Fizo Omar

Menerusi entri terkini di Instagram milik pelakon Fizo Omar ada memuat naik sekeping foto dirinya bersama sebuah kereta berjenama.

Bagaimanapun, peminat pada awalnya mungkin menyangka bintang drama bersiri Adellea Sofea itu telah membeli kenderaan berjenama tersebut namun ia tidak seperti yang disangkakan.

Fizo atau nama penuhnya Wan Hafizol Wan Omar hanya sekadar berseloroh menerusi ruangan kapsyen entri berkenaan.

“RM 1.8 Million – Lamborghini Urus!Finally, dapat jugak sebelum raya,sebelum ni dok usha dari jauh jer, bila lah ada rezeki nak amik satu kan.

“Terima kasih kepada yg support dan mendoakan yea.Alhamdulillah hasil penat lelah kerja siang malam, dapat juga merasa beli fon baru buat amik gambar ni.

“@dtcmotors#janganmarahyeteruskanberdoamanalataudapatketebetulbetul

#jangankecamdanjanganserioussangatbolehtak#lamborghiniurus#hargaRM1.8jutajerrrrrrr,” tulisnya bersama beberapa tanda palang.

Lalu, perkongsian bapa kepada seorang cahaya mata ini mendapat perhatian netizen.

Bukan itu sahaja, rata-rata netizen berasa terhibur melihat perkongsian Fizo tersebut.

 

Pandai Fizo hiburkan hati peminat ye!

Foto: Instagram Fizo Omar

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatPress

Sumber:MH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*