PELAKON komedi popular era 90an, Syanie meluahkan rasa syukur apabila selamat menjalani pembedahan membvang rahim dan ovari pada Rabu lalu.
Syanie atau nama sebenarnya, Syaniza Hisham, berkata, pemb3dahan yang sepatutnya mengambil masa tiga jam itu berlanjutan selama tujuh jam sebelum keadaanya stabil dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah pusat perubatan.
“Pada 29 April lalu, saya telah menjalani pemb3dahan rahim dan ovari yang saya sendiri tak pernah terfikir akan melaluinya. Terdapat masalah pada ovari dan uterus saya yang perlu dibvang.
“Pembedahan yang disangka mengambil masa tiga jam hanya selesai dalam masa tujuh jam dan berada di ICU dalam keadaan baik.
Berkongsi perkara itu, Syanie berkata, biarpun dia pernah melalui beberapa kali pemb3dahan, namun dia tetap berasa takut untuk menjalaninya kali ini.

Katanya faktor usia dan saiz badannya membuatkan dia memikirkan pelbagai risik0 yang boleh berlaku sepanjang pembedahan itu.
“Bagaimanapun, dengan usia dan saiz begini, saya sangat takut dengan apa yang bakal berlaku. Ya, saya mungkin telah menjalani banyak pemb3dahan berbanding orang lain.
“Mungkin ada yang terfikir saya sudah terbiasa dengan situasi begini tapi percayalah, kali ini ia sangat berbeza.
“Fikiran saya ketika itu bercelaru dan hanya fikirkan perkara yang terburuk boleh terjadi” ujarnya.
Syanie yang menyambut ulang tahun ke 46 pada Khamis terharu dengan kasih sayang dan kata-kata semangat daripada ahli keluarga yang sentiasa berada di sisi.

“Saya bersyukur keluarga saya ada bersama terutamanya adik saya, Ayin yang asyik m4rahkan saya (cara dia menunjukkan seolah-olah dia kuat walaupun saya tahu dia juga sedang bersedih) dan menyuruh saya untuk berfikiran positif dan sentiasa ingat pada Allah.
“Satu-satunya perkara yang membuat saya sebak apabila ibu berkata yang ibu boleh cari duit tapi tidak akan jumpa anak perempuan seperti saya jadi ibu pesan supaya jangan bersedih dan sentiasa ingat Allah, zikir dan selawat.
“Tak lupa juga adik beradik yang lain serta ipar duai. Mereka semua ada cara masing-masing dalam menunjukkan perasaan sayang terhadap saya. Mereka juga akan pastikan saya sentiasa tenang,” ujar Syanie.
Selain itu, Syanie berterima kasih kepada orang ramai yang mendoakan kesihatanya dan berharap kesihatannya kembali pulih seperti biasa.
“Saya ingin berterima kasih kepada semua yang telah mendoakan kesihatan dan terus menyokong saya, kepada doktor-doktor yang saya anggap seperti hero, keluarga kerana menyayangi, menjaga dan meyakinkan saya.
“Terima kasih Ya Allah untuk timeline baru yang Engkau berikan. Saya berdoa dan berharap agar ia menjadi sesuatu yang lebih baik. InsyaAllah,” ujarnya.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMP
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatPress
Sumber:mstar
Leave a Reply