Seakan menjadi trend, ramai selebriti akan mengenakan tudung setiap kali tibanya bulan Ramadan sebagai tanda menghormati bulan yang mulia ini.
Bahkan perkara itu juga turut dilakukan oleh selebriti media s0sial, King Coco apabila dilihat memuatnaik beberapa posting yang memaparkan dirinya menggayakan hijab beberapa hari ini di Instagram miliknya.

Tidak mahu imej tersebut disalah erti netizen yang mungkin menyangka dirinya sudah melakukan penghijrahan, King Coco atau nama sebenarnya Marshaira Ismail, 22, tampil membuat penjelasan: “Jangan salah faham. Saya masih belum bertudung sepenuhnya.
“Insya-Allah saya sedang bertatih. Insya-Allah doa yang baik-baik ya. Dikesempatan bulan puasa ini kita cuba-cuba dulu. Insya-Allah doa yang baik,” katanya menerusi satu entri yang dimuatnaik di Instagram Story miliknya.
Terdahulu, King Coco memuatnaik gambar dirinya mengenakan busana berwarna hitam yang dipadankan dengan tudung bermotifkan corak putih-hitam.
Dalam satu entri berasingan, King Coco turut mengenakan tudung sama yang digayakan bersama busana berwarna merah. Bagaimanapun, kesemua postingnya itu ditutup ruangan komen.

Sebelum ini, King Coco pernah menjadi tumpuan apabila dirinya dilaporkan mula menceburi dunia politik selepas memenangi jawatan Ketua Srikandi Bersatu Bahagian Bagan Serai, Perak.
King Coco mula mendapat perhatian wargamaya selepas gelagatnya yang bertutur pelat bercampur loghat Bahasa Inggeris menjadi tular.
Sumber: Astro Gempak
Leave a Reply