Ribuan penduduk beratur sejauh 4km untuk bantuan makanan

Pemandangan yang memilukan. Difahamkan badan kebajikan menghantar 8,000 bungkusan makanan buat lebih 12,000 keluarga di Pretoria selepas Afrika Selatan menjalani lima minggu perintah berkurung demi mengekang C0vid-19.

Ribuan penduduk dilihat beratur sepanjang empat kilometer (km) demi menerima bantuan tersebut.

Ia melibatkan penduduk di kawasan Mooiplaas dan Spruit.

Menurut aktivis sosial, Yusuf Abramjee, keperluan makanan di lokasi itu begitu tinggi dan terlalu ramai yang terkesan akibat perintah berkurung.

“Lebih 80 peratus komuniti di sini merupakan orang asing dan mereka tidak menerima bantuan kerajaan.

“Kami gembira dapat memberi senyuman kepada mereka. Ia menunjukkan betapa terdesaknya mereka.

“Saya tidak pernah melihat sesuatu pada skala ini. Sangat menyedihkan,” ujarnya.

Untuk rekod, perintah berkurung di negara itu menyebabkan sektor ekonomi tergendala, namun beberapa sektor dijangka dibuka semula pada bulan ini.

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatPress

Sumber: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*