Rezeki Ustaz Ebit bertambah murah Ramadhan ini

Nasi telah jadi bubur. Biarpun sudah membuat permohonan maaf,ia masih belum mencukupi untuk membuatkan satu jenama tekstil terkenal terus diboikot.

Netizen nampaknya kini beralih arah dengan membeli pakaian keluaran Ustaz Ebit Liew yang terkenal kerana dakwahnya.

Sokongan memberangsangkan itu membuatkan pendakwah terkenal itu terpaksa memuatnaik satu entri di laman Facebook bagi mencari 100 tukang jahit tambahan bagi memenuhi semua permintaan pelanggan yang naik dengan mendadak. Dasyat kuasa netizen!

Dikhabarkan buat masa ini, cara pembelian di butik tersebut hanya boleh dilakukan menerusi atas talian kerana premisnya ditutup buat seketika waktu.

Netizen yang mahu membeli-belah boleh terus ke pautan yang disediakan di laman Instagram pendakwah tersebut.

Mugkin juga kerana harganya berpatutan,maka ia turut membantu peningkatan jualan.

 

 

 

Nampaknya rezeki Ustaz Ebit Liew tak putus langsung sepanjang bulan Ramadan ini dan diharapkan segala usaha murninya berjalan dengan lancar dan mudah.

 

 

 

 

 

 

 

Sumber:Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*