Sifu Kunyit dikesan antara produk beracun -KKM

KUALA LUMPUR – Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) menggesa orang awam tidak membeli dan menggunakan tiga jenis produk kosmetik yang dikesan mengandungi racun berjadual.

Ketiga-tiga produk tersebut disyaki boleh membawa kemudaratan kesihatan kepada penggunanya.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, produk yang dikesan mengandungi racun berjadual adalah Sifu Kunyit Day Cream, Sifu Kunyit Night Cream dan JJ Skincare Glowhite Night Cream.

“Sifu kunyit Day Cream dikesan mengandungi racuan berjadual Hydroquinone, Tretinoin dan Betamethasone17-Valerate, Sifu Kunyit Night Cream pula dikesan racun Mercuri dan Betamethasone 17-Valerate manakala JJ Skincare Flowhite Night Cream pula dikesan racun Hydroquinone.

“Notifikasi produk-produk kosmetik terbabit telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, maka produk berkenaan tidak lagi dibenarkan dijual di negara ini,” katanya dalam kenyataan dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, produk yang mengandungi hydroquinone, tretinoin dan betamethasone valerate adalah ubat yang perlu berdaftar dengan pihak berkuasa kawalan dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan.

Justeru katanya, penggunaan produk yang mengandungi bahan-bahan tersebut tanpa pengawasan profesional kesihatan boleh menyebabkan kesan-kesan sampingan yang tidak diingini iaitu hydroquinone.

Hydroquinone menyebabkan kulit kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, hipersensitif dan boleh menghalang proses pigmentasi (depigmentasi) yang mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV berbahaya dan boleh meningkatkan risiko k4nser kulit.

Tretinoin tanpa pengawasan profesional kesihatan juga boleh mengakibatkan kesan yang sama.

Manakala Betamethasone valerate menyebabkan bahagian kulit muka yang disapu menjadi nipis dan mudah mengalami iritasi, berjerawat, perubahan pada pigmentasi kulit dan meningkatkan risiko untuk diserap ke dalam sistem peredaran d4rah yang boleh membawa kesan mvdarat.

Beliau juga memberi amaran mana-mana individu yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan d3nda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan berikutnya.

Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya.

Dalam perkembangan sama, Noor Hisham turut menasihatkan orang ramai menggunakan produk-produk kosmetik itu supaya segera menghentikan penggunaannya dan mendapatkan nasihat ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan.

“Orang awam digalakkan untuk menyemak status notifikasi sesuatu produk kosmetik dengan melayari laman sesawang rasmi NPRA www.npra.gov.my atau melalui aplikasi ‘NPRA Product Status’ yang boleh dimuat turun daripada Google Play Store,” tambah beliau. –

Sumber:Malaysia Gazette

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*