Ashraf kongsi suasana berbuka puasa di wad C0vid-19

Umum mengetahui pelakon Ashraf Muslim masih berada di Hospital Sg Buloh selepas disahkan positif c0vid-19.

Baru-baru ini Ashraf berkongsi pengalaman pertama nya berbuka puasa bersama pesakit lain di hospital itu.

 

Tulis Ashraf,

“Berbuka puasalah dengan penuh adab, berdoalah 5 minit sebelum azan maghrib kerana waktu itu adalah waktu yang paling mustajab.

“Dan bersederhana lah waktu kita makan juadah berbuka puasa kerana takut nanti tak larat nak terawikh,” tulis Ashraf Muslim yang berkongsi gambar bagaimana suasana berbuka puasa di wad pesakit Covid-19.

 

Peminat  turut memberikan semangat dan mendoakan agar pelakon itu segera sembuh.

Selain Ashraf,PU Riz dan juga pelakon Puteri Aishah turut disahkan p0sitif Covid19. Namun kedua mereka telah disahkan sihat dan dibenarkan pulang ke rumah.

Semoga Ashraf tabah menjalani ujian ini dan diberikan kesembuhan segera.

 

 

 

 

Sumber:IG Ashraf Muslim

 

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*