Bila rakyat Malaysia tunjuk skil masak tak jadi

Walaupun baru enam hari diwujudkan, ‘group’ (kumpulan) Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official di Facebook sudah meraih lebih 800,000 pengikut.

Kumpulan itu diwujudkan pada 14 April lalu di Facebook menjadi fenomena isusulan perkongsian masakan pelayar yang dikatakan tidak menjadi seperti sepatutnya biarpun sudah mengikut resipi asal.

Malah, pengalaman pahit sewaktu beraksi di dapur turut dikongsi antaranya insiden makanan terhangit, terlebih adunan serta tersalah cara masak membuatkan pengikut terhibur dengan gaya kandungan baharu itu.

Pengurus kumpulan berkenaan, Norlaila Dollah Ahmed, 46, berkata, idea menubuhkan Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official tercetus selepas seorang pelayar Facebook berkongsi dalam satu daripada kumpulan berkaitan masakan mengenai makanan yang dimasak tidak menjadi seperti diharapkan.

Menurut Norlaila, rakannya mencadangkan supaya kumpulan baru diwujudkan khusus bagi pelayar bebas berkongsi apa sahaja masakan termasuklah yang tidak jadi.

“Ketika itu, saya juga ada kongsikan resipi serta gambar serunding ikan yang saya masak buat kali pertama yang mana saya cuma gunakan sekitar enam ekor ikan.

“Disebabkan berjaya untuk kali pertama, saya ingin kongsikan ketika cuba masak menu sama pada kali kedua tetapi malangnya serunding membabitkan enam kilogram ikan itu hangit gara-gara saya terlupa selepas solat.

“Sebab itu, saya dan beberapa lagi rakan putuskan untuk wujudkan ‘group’ ini dengan tujuan menghiburkan antara satu sama lain menerusi perkongsian masakan tidak menjadi masing-masing bagi mengurangkan tekanan kita yang perlu berada di rumah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, penubuhan kumpulan itu sama sekali tidak berniat untuk bersaing dengan mana-mana kumpulan masakan di Facebook sebaliknya diwujudkan atas dasar berkongsi pengalaman di dapur masing-masing.

Malah menurut Norlaila, dia juga tidak mahu sebarang unsur n3gatif antaranya kecaman kuali hitam dan dapur bersepah yang berlaku di kumpulan lain sebelum ini terjadi dalam kumpulan baru itu.

“Pada mulanya, kami wujudkan kumpulan ini untuk perkongsian sesama kenalan saja namun tidak sangka kini setiap minit ada saja permohonan baru untuk sertai kumpulan ini.

“Kumpulan ini masih terlalu baharu untuk kami putuskan secara terperinci apa yang boleh dan tidak boleh tetapi setakat ini, kami hanya mahu pastikan sebarang komen atau hantaran n3gatif dipadam serta-merta.

“Kami juga wujudkan kumpulan ini bukan untuk tujuan perniagaan jadi apa saja komen atau hantaran berunsur iklan tidak dibenarkan dan akan dibuang,” katanya ketika dihubungi.

Norlaila berkata, dia langsung tidak menyangka hasil penubuhan kumpulan itu, ramai sebenarnya mempunyai pengalaman tidak disangka di dapur sehingga menjadi medan hiburan buat pengikut lain.

Antara perkongsian ahli kumpulan:

1) pau kurang kolagen

2) Churros hangus

 

3) Biskut berubah saiz

 

4)Biskut dahlia leper

 

5) Donut bertanduk

 

 

Sumber:HM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*