Nasir kecewa drama sekarang banyak yang cintan cintun

Beranggapan penghasilan sesebuah karya harus mendidik masyarakat dan membentuk negara, pelakon berpengalaman Nasir Bilal Khan mengaku kecewa apabila melihat industri tempatan yang masih tiada hala tuju.

Kata Nasir, disebabkan hal itu, dia sudah menolak 20 tawaran lakonan kerana berasa kecewa dengan naskhah-naskhah yang disifatkannya tidak berkualiti.

“Secara jujur, apabila diberitahu tajuk drama saya rasa seperti nak muntah. Masakan tidak, drama sekarang hanya berkisar cinta cintun,” katanya dipetik Harian Metro.

Nasir berkata, hasil seni perlu memandang 100 tahun ke depan, bukannya seperti sekarang.

“Tugas artis mengajar orang ramai dan menghasilkan moral yang baik. Artis ada tanggungjawab, anak seni sepatutnya memandang di sebalik sesuatu,” katanya.

Menurut pelakon Munafik itu, pernah suatu ketika, dia mahu bersara sebagai pelakon namun dipujuk untuk membintangi telefilem Tanah Kubur.

Nasir, 59, turut menyarankan, sekiranya stesen televisyen masih mahu menghasilkan drama mengarut, pihak produksi wajar bertindak sebagai ‘tentera’ dengan menentang ideologi terbabit.

Selain itu pelakon senior ini juga berpendapat supaya artis berpengalaman agar diberi ruang menjayakan program anjuran jabatan kerajaan, selain Kerajaan Persekutuan atau negeri memberikan darjah kebesaran berserta elaun khas untuk mereka.

“Dalam keadaan sekarang, ada dalam kalangan artis lama bergelar datuk masih meminta-minta di usia tua mereka,” katanya.

Sumber : malaysiakini

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatPress

Sumber:Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*