Tanpa disedari, terdapat satu lagi kerjaya saf depan yang berisiko tinggi mendapat j4ngkitan C0VID-19 iaitu mereka yang bertugas di awan biru.
Tugas pramugari atau anak kapal yang terdedah dengan beratus-ratus penumpang dalam persekitaran kompak, sebenarnya cukup berisik0 tinggi lebih-lebih lagi tanpa pakaian perlindungan yang sesuai.
Pengalaman Puteri Erma Edlinda atau Puteri, isteri kepada bintang Akademi Fantasia 7 Aril Pilus ini jelas menceritakan situasi yang mereka alami.
Puteri telah berkhidmat sebagai anak kapal selama 10 tahun dan kini bertugas untuk sebuah syarikat penerbangan di Malaysia.
Menceritakan pengalaman terakhirnya sebelum diarah bercuti, Puteri, 34 tahun, telah berlepas ke Hong Kong dan kembali semula pada 30 Mac lalu. “Memang industri penerbangan banyak berubah. Penerbangan-penerbangan dibatalkan dan yang beroperasi cuma 10% saja. Kebanyakan negara menutup pintu sempadan mereka dan jumlah penumpang pun menurun akibat wabak C0VID-19″.
Tambah Puteri lagi, kali terakhir dia di KLIA, suasana sangat lengang dan suram. Semua kedai bebas cukai ditutup dan beratus-ratus kapal tersadai di luar.
Sebagai anak kapal, sudah tentu dirinya risau setiap kali keluar bertugas. Debaran dirasakan sebaik saja tiba di pintu KL Sentral lagi.
Pelbagai perasaan dirasai oleh Puteri memandang kan dia mempunyai suami dan anak kecil. Namun perasaan itu diketepikan demi tugas.
“Anak-anak kapal ni frontliners juga sebab tugas kami sangat dekat dengan penumpang. Pekerjaan yang berisik0 tinggi untuk mendapat jan4gkitan C0VID-19 dan bayangkan kami bekerja tanpa full protection seperti frontliners lain di hospital.
Tanpa sut perlindungan diri, apa yang kami mampu buat hanyalah pakai topeng hidung dan mulut, guna hand sanitizer, sarung tangan dan kerap basuh tangan. Walaupun sebolehnya we try to distant ourselves, tapi dalam kapal yang kecil tu tetap akan dekat juga dengan penumpang,”ujar Puteri.

Menurut Puteri, dari dalam briefing room lagi, para krew udara mengamalkan social distancing, elak bersalaman sesama krew dan duduk berjauhan.
Penumpang pula ada bermacam ragam ketika naik kapal. Ada yang lengkap full equipment, pakai rain coat, face shield, topi full face, mask. Ada juga yang bawa plastik untuk lapik apa yang patut dan risau nak duduk sebelah-menyebelah dengan penumpang lain.
Semasa bertugas dalam flight, dia cuma memakai topeng muka dan hidung sepanjang masa, membasuh tangan dengan sabun, memakai hand sanitizer, memyenbur sanitizer spray pada baju, kasut dan beg-beg. Seboleh-bolehnya dia juga mengelak dari menyentuh apa-apa permukaan dari awal lagi.
Balik dari bertugas, dia akan menjemur beg-beg kerja, handbag dan trolley bag semua di balkoni untuk 8 ke 12 jam. Selepas itu Puteri terus masuk ke bilik air dengan uniform dan segala benda yang dipakai, rendam dalam air panas dan gunakan sabun pembasmi kuman.
“Selepas mandi dan bersyampu bersih-bersih, beberapa jam kemudian barulah saya yakin untuk jumpa suami dan anak. Punyalah lama nak dapat peluk dan cium mereka. Tapi demi kesih4tan dan keselamatan semua, itulah yang terbaik bagi petugas frontliners macam kami ni.”
“Sekarang saya cuma duduk di rumah kerana telah diminta untuk bercuti oleh majikan (force leave). Cuti saya banyak belum berguna dan syukurlah, gaji masih berjalan. Inilah waktu terbaik untuk luangkan masa dengan suami dan anak di rumah. Sambil tu saya cuba tambah amalan, solat berjemaah dan mengaji, yang mana sebelum ni mungkin tak sempat dibuat kerana sibuk bekerja” ujar Puteri mengakhiri perbualan.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMP
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatPress
Sumber: Sumber
Leave a Reply