WHO galakkan pakai penutup hidung dan mulut ketika di tempat awam walaupun anda SIHAT

Jika sebelum ini, Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom ada mengeluarkan kenyataan bahawa hanya petugas perubatan dan mereka yang sakit sahaja perlu memakai topeng muka, kini dalam satu perkembangan terbaru WHO memberi galakan kepada orang ramai untuk memakai topeng muka ketika berada di tempat awam.

Walaupun begitu, WHO berkata topeng muka khas masih lagi menjadi keutamaan buat petugas kesihatan dan mereka yang sakit, manakala orang awam disarankan untuk menggunakan topeng yang dibuat sendiri menggunakan kain.

Kenyataan baru itu dikeluarkan selepas kajian terbaharu menemui bahawa penggunaan topeng muka di tempat awam mampu menghalang penularan COVID-19.

Kajian terbaru oleh pakar di Amerika Syarikat berkata virus COVID-19 mampu merebak melalui udara walaupun hanya dengan pernafasan atau bercakap.

Menurut laporan Asia One, Anthony Fauci, Ketua Penyakit Berjangkit di National Institutes of Health berkata orang ramai diperlukan memakai topeng muka berikutan kajian terbaru itu mendapati virus tersebut boleh tersebar walaupun ketika bercakap.

Susulan kajian itu, beberapa negara juga telah mengeluarkan arahan agar rakyat mereka mengenakan topeng muka jika berada di luar.

Dr Michael Ryan, Pengarah Eksekutif Program Kecemasan Kesihatan WHO pula berkata penggunaan topeng muka sama ada topeng buatan sendiri ataupun topeng muka jenis kain dapat membantu mengekang penularan wabak COVID-19.

Bagaimanapun WHO menegaskan walaupun telah memakai penutup hidung dan mulut, orang ramai tetap perlu membuat langkah pencegahan yang UTAMA,iaitu kerap membasuh tangan dan mengamalkan penjarakan sosial seperti yang disarankan. Ujian COVID-19 juga perlu dilakukan lebih banyak bagi mengenal pasti dan mengkuarantin mereka yang dijangkiti.

Sebelum ini, WHO tidak menggalakkan untuk memakai penutup hidung dan mulut kerana dikhuatiri kekurangan bekalan akan berlaku kepada pegawai perubatan.

Sumber:Gulapop

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*