Sambal lado Minang style

Tengah musim PKP ni, rasanya menu sambal lada Padang (Minang) ini merupakan menu yang sesuai untuk kita berjimat cermat kerana bahan-bahan yang digunakan adalah murah.

Asalnya sambal ini adalah pelengkap yang wajib bagi masyarakat Minang yang dihidangkan bersama nasi. Ia adalah sejenis sambal goreng yang dibuat menggunakan campuran lada segar, bawang merah dan asam (biasanya tomato).

Berikut kami kongsikan resipi sambal Padang merah yang asli untuk anda cuba buat sendiri di rumah.

Resipi Sambal Padang Merah

  • 10 biji cili merah segar
  • 5 biji cili padi (kalau nak lagi pedas)
  • 5 biji bawang merah
  • 1 biji buah tomato merah ( tak ada pun takpe)
  • 3 sudu besar minyak masak (lebih sedap kalau guna minyak bekas menggoreng ayam)
  • Air
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara buat:

  • Tumbuk kasar cili merah dan cili padi
  • Hiris bawang merah dan potong dadu tomato.
  • Panaskankan minyak dalam kuali kemudian tumis bawang sehingga layu.
  • Masukkan cili yang telah ditumbuk dan tomato. Tumis bahan-bahan sehingga pecah minyak.
  • Tambah air kalau sambal terlalu kering.
  • Perasakan dengan garam dan gula
  • Siap!

Sambal ini  juga sesuai diletak ke atas sebarang lauk goreng seperti ayam goreng, ikan keli goreng, daging goreng, atau ikan bilis goreng.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatPress

 

 

Sumber:Aneka Resepi

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*