Nafi sudah lafaz talak

Usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri menafikan dakw4an bahawa dia sudah melafazkan talak kepada isterinya Datin Seri Nur Shahida.

Datuk Aliff berkata demikian ketika menjawab pertanyaan yang diajukan netizen dalam ruangan soal jawab di Instagram Story nya.

“Tolong jangan menabur fitn4h. Saya tidak pernah berbuat demikian (lafaz cerai). Namun, saya akan ikut segala peraturan yang sudah termaktub seperti apa yang difailkan,” katanya ringkas.

Dalam video itu juga, Aliff turut menjawab pertanyaan pengikutnya yang mengatakan dirinya semakin matang menghadapi netizen.

“Bukan semakin matang tapi sampai satu tahap saya dah lali dengan hin4an masyarakat. Saya nak bahagia saja dan tidak mahu berperangai gila-gila lagi,” katanya.

Sebelum ini tular mengenai penyebaran surat tuntutan cerai yang difailkan Shahidah, sekaligus menguatkan lagi desas desus mengenai berita penceraian pasangan sensasi ini.

Difahamkan, Aliff dan Shahida sudah tidak tinggal sebumbung sejak beberapa bulan lalu.

Aliff dilihat berulang alik ke rumahnya yang terletak di Pavilion Resident Kuala Lumpur berdasarkan video dimuat naik di Instagram.

Menerusi perkahwinan Aliff dan Shahida, pasangan itu dikurniakan empat cahaya mata dan seorang anak angkat.

Sumber:HM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*