Hamil anak pertama,Dayah Bakar tak lupa titip doa buat mereka yang menantikan zuriat

Personaliti televisyen terkenal iaitu Dayah Bakar baru-baru ini mengumumkan yang dia bakal bergelar seorang ibu.

Pengacara bagi rancangan bual bicara TV3, Borak Kopitiam itu berkongsi berita gembira tersebut menerusi laman media sosial Instagram miliknya.

Dayah bagaimanapun berkongsi berita gembira itu setelah kandungannya memasuki trimester kedua.

Dayah atau nama sebenarnya Nur Hidayah Datuk Abu Bakar itu juga turut mendoakan kepada para ibu di luar sana yang sedang menantikan zuriat dikurniakan rezeki yang sama.

Perkahwinan Dayah pernah tular suatu ketika dulu apabila dia memilih jiran rumah yang juga kawan sekolahnya  iaitu Kapten Muhammad Hanif Hamidi sebagai suami nya pada 29 Jun 2018 lepas.

Tahniah diucapkan buat Dayah dan Kapten Hanif!

Kredit: Instagram Dayah Bakar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatPress

Sumber: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*