Isteri Arrwah cerita kisah terakhir abam. Rupa ini yang terjadi

PELAWAK popular Abam, yang juga anggota kumpulan Bocey dilapor mening-gal dunia di kediamannya di Gombak hari ini.

Berita sedih dan mengejutkan itu dimaklumkan adik Abam kepada Astro Gempak pagi ini.

“Isteri Abam, hubungi saya dan beritahu abang saya tidak sedarkan diri.

“Saya bergegas kediaman Abam dan ya, dia sudah tidak bernafas,” ujar Ali seperti dilapor Astro Gempak.

ABAM TIDAK SIHAT BEBERAPA HARI SEBELUM MENINGGAL

Sementara isteri Abam, Siti Norhidayah Mohd Ali turut mengesahkan perkara tersebut.

Siti Norhidayah memberitahu Allahy-arham demam dan mengadu kurang sihat sejak dua hari lalu.

“Beberapa hari lepas dia demam dan mengadu sakit kepala. Tetapi bila ajak ke hospital, dia tak mahu.

“Katanya hanya demam dan sakit kepala biasa. Tapi… pagi tadi saya kejutkan untuk solat Subuh, namun dia tak ada tindak balas daripada dia,” katanya menangis teresak-esak.

Abam dan Siti Norhidayah berkahwin pada 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey, 5 bulan.

Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan, 32, merupakan seorang pelawak, pelakon dan ahli kumpulan Bocey bersama Faddan Acey.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*