Ini ayat ayat terakhir abam bocey. Adakah ni petanda sebelum arrwah pergi selamanya.

Satu Malaysia digegarkan dengan pemergian pelawak Abam Bocey pada hari Isnin ini.

Tanpa menunjukkan tanda-tanda sakit teruk, pelawak Abam Bocik dilaporkan meninggal dunia pada pagi Isnin. Berita sedih itu disahkan oleh adik arwah kepada Astro Gempak.

Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mohktar bin Syed Mohd Redzuan menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Gombak pada pagi Isnin.

Menurut adik arwah, Ali kepada Astro Gempak, dia dihubungi oleh isteri Abam memaklumkan abangnya tidak sedarkan diri.

Isteri Abam hubungi saya dan beritahu abang saya tidak sedarkan diri. Saya bergegas ke kediaman Abam dan ya dia sudah tidak bernafas.

Isteri Abam, Hidayah turut mengesahkan berita sedih tersebut sambil memaklumkan suaminya itu hanya mengadu tidak sihat beberapa hari lalu.

Beberapa hari lepas dia demam dan mengadu sakit kepala. Tapi bila diajak ke hospital dia tak mahu. Katanya hanya demam dan sakit kepala biasa. Tapi pagi tadi saya kejutkan untuk solat Subuh, namun dia tiada tindak balas daripada dia.

ADAKAH KATA KATA ABAM BOCEY INI PETANDA?

Netizen mula meninggalkan komen pada status Abam Bocey dalam instagram. Rata menyatakan Abam seperti sudah tahu apa yang akan terjadi.

Adakah benar Abam Bocey seolah olah tahu umur tidak panjang? Wallahualam .. Sebaiknya kita yang masih hidup, sedekahkan doa untuk arwah.

Arwah meninggalkan seorang anak Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang baru berusia 5 bulan.

Salam takziah kepada isteri dan keluarga Abam Bocey.

Edited : EE 

Pesanan kepada semua, jaga lah aib arwah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*