Betul Ke Haiwan Eksotik Turut Dijual Di Pasar Basah Indonesia. Ini Kisah Sebenarnya Yang Kita Tidak Tahu

Seperti yang diketahui semua, virrus Wuhan yang sedang menular kini dikatakan berpunca daripada penjualan haiwan eksotik di sebuah pasar di sana. Kumpulan pertama pesakit yang dijangkiti oleh wabak itu juga merupakan penjual dan pengunjung tetap pasar tersebut.

Bukan hanya di Wuhan, malah sebuah pasar basah yang terletak di Sulawesi Indonesia ini juga menjadi lokasi popular untuk dapatkan haiwan eksotik. Kepelbagaian etnik dan kaum di sana menjadikan pemakanan haiwan eksotik ini adalah suatu perkara yang biasa di sana. Malah, kanak-kanak kecil juga sudah terbiasa dengan makanan sebegini.

Antara haiwan eksotik yang dijual di sana ialah kelawar, monyet, ular malah daging anjing dan kucing turut dijual. Pasar Tomohon ini juga dikenali dengan kekejaman terhadap haiwan yang dijual kerana anjing dan kucing dikurung di dalam sangkar dan dipukul sehingga ma4ti.

Pada tahun 2018, seorang YouTuber dari saluran terkenal Best Ever Food Review Show telah melawat sendiri Pasar Tomohon di Sulawesi dan merasai hidangan tempatan, daging kelawar. Di dalam rancangan tersebut, seorang penduduk tempatan menunjukkan proses penyediaan hidangan itu dari mula sehingga akhir.

Pada akhir rancangan, mereka sama-sama mencuba sendiri hidangan tersebut yang dikatakan rasanya mirip dengan daging ayam. Hidangan daging kelawar bukanlah sesuatu yang aneh dan pelik kerana ianya pernah dinobatkan sebagai hidangan popular di Indonesia.

Kelawar dan virrus Ebola

Virus Ebo0la mula dikenali pada tahun 1976 berhampiran Sungai Eb0ola yang kini dikenali sebagai Republik Demokratik Congo. Walaupun saintis masih tidak dapat kepastian asal usul virus ini, tetapi berdasarkan nature virrus itu ianya berasal dari virrus dibawa haiwan.

Saintis juga berjaya menemui kelawar yang hidup berhampiran kawasan yang dijangkiti dan mendapati virrus yang sama terdapat pada kelawar di sana. Walaubagaimanapun, penduduk di Indonesia menafikan daging kelawar membawa keburukan dan bahaya malah ianya dikatakan memberikan khasiat untuk kesihatan tubuh badan.

Sumber Amazing Nara

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*