Semalam, pelakon Elfira Loy telah menitip kata-kata istimewa buat suami sempena tahun baru 2020 yang telah menjelma dan ulang tahun perkahwinan pertama mereka.
Elfira telah mengimbau kembali kenangan mereka bermula dari mendirikan rumah tangga sehingga mempunyai seorang cahaya mata.
“To my beloved husband , thank you for making ny 2019 the best year ever. From menikahi saya , menjadi imam saya , memaksa saya makan ubat sehingga sorok dalam ice cream demi anak kita.”
“Bawak saya pergi Umrah pertama kita , menjadi bahan jenaka saya tengok awak feeling-feeling ( the other side of faris yang korang tak nampak ) .”
“Terima kasih jugak layan semua cravings saya , yang paling saya suka semua midnight snacks yang awak buat , maggi , roti planta gula & blended milo omg sooo sedap.”
“Dan gambar selepas itu , itu selepas faris gelak gelakkan el punya morning sickness dia pulak dapat. Serious kesian waktu tu hahahahha.”
“Terima kasih sebab kerja keras untuk keluarga kita & menjadi Ayah yang lejen untuk anak kita. Happy Anniversary again ❤️”, tulisnya.
Meninjau di ruangan komen, rakan artis serta peminat telah mengucapkan tahniah buat pasangan itu dan mendoakan kebahagiaan rumah tangga mereka.
Terdahulu, Elfira Loy telah mendirikan rumah tangga bersama Muhammad Faris Khairol Anuar pada tarikh 1 Januari 2019.
Sumber: Instagram Elfira Loy
Leave a Reply