Netizen Seb4k Lihat Anak Kecil Pimpin Tangan Ibu Bapa Lawat Sekolah, “Kuatnya Kamu Wahai Anak..”

Baru-baru ini, tular di laman sosial apabila seorang guru bercerita tentang seorang murid Darjah Satu yang membuat netizen ‘masuk habuk.’

Menerusi perkongsian pengguna Facebook, Nadwa Nasir bercerita kisah murid tersebut telah hadir ke sekolah sambil memimpin kedua ibu bapanya yang cac4t penglihatan.

Cerita guru berkenaan, meskipun kedua ibu bapanya tidak dapat melihat, namun murid tersebut gigih bercerita tentang suasana tempat persekolahannya.

Perkongsian guru itu telah mendapat perhatian ramai dan setakat ini telah menerima 45 ribu tanda suka dan ribuan komen dari orang ramai.

Melihat di ruangan komen, ramai yang simpat1 dengan nasib anak kecil itu dan mendoakan agar anak itu berjaya di masa hadapan dan dapat membalas jasa kedua ibu bapanya kelak.

Sumber: Facebook Nadwa Nasir, Carian Google

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*