[VIDEO] CP Juliana Evans Kongsi Detik Melahirkan Tengku Kamiliah, “Tak Kan Lupakan Detik Bila..”

Menerusi kemas kini terbaru pelakon dan hos, Che Puan Juliana Evans di Instagramnya, dia ada mengimbau kenangan detik melahirkan cahaya mata sulungnya, Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah yang kini berusia hampir 5 bulan.

Che Puan Juliana berkongsi cerita bahawa dia tidak akan pernah melupakan tarikh 12 Julai 2019 yang dilaluinya itu.

Menerusi rakaman yang berdurasi selama 3 minit 18 saat itu, aktress jelita itu berkongsi detik dia sedang terbaring di dalam wad bersalin dengan penuh debaran.

“The Birth of Kamilia 🌷

Certainly won’t forget the 12th of July 2019… the happiest day and the most astonishing pain I’ve ever felt but all worth it the moment I hear her cry at 9.38pm. Ini lah amanah dunia dan akhirat. May Allah ease my journey as a mother 💜”, tulisnya.

 

Perkongsiannya itu telah mendapat reaksi dari orang ramai termasuklah rakan artis.

Sekadar info, Che Puan Juliana Evans telah mendirikan rumah tangga bersama Tengku Sharifuddin pada 30 April 2017.

Sumber: Instagram Che Puan Juliana Evans

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*