“Tok kadi pun pandai buat lawak!”, Issey kongsi momen lucu ketika akad nikah..

Baru sahaja menamatkan zaman dudanya baru-baru ini, Issey ada berkongsi satu momen lucu ketika majlis akad nikahnya berlangsung.

Issey atau nama sebenarnya Fazlisham berkongsi cerita bahawa tok kadi yang menikahkannya itu terhenti daripada meneruskan lafaz kerana terlupa mendapatkan kebenaran wakil wali terlebih dahulu.

Menerusi video yang dikongsi Issey, Issey menganggap itu menjadi satu ‘punchline’ yang menjadi.

“Masa akad nikah pun ada punchline. Boleh pulak kadi lupa haha
‘Eh ayah dia tok wakil wali lagi’”, tulisnya.

 

Tersedar dengan kesilapan itu, jurunikah Imam Masjid Mukim Kampung Pauh Panji segera melepaskan genggaman tangan Issey.

Sejurus itu, orang ramai yang hadir turut tertawa dan terhibur dengan telatah tok kadi itu.

Terdahulu, Issey telah selamat berkahwin dengan rakan kenalan lamanya di Calamaya Garden, Kota Bharu, Kelantan.

 

 

View this post on Instagram

 

Bermulalah riwayat Daddy issey. Alhamdulillah. Dapat 3 orang.. terima kasih @aimi_jamel. Selamat bersama! #gengissey #isseyxaimi

A post shared by issey (@isseyfazlisham) on

Sumber: Instagram Issey Fazlisham

 

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*