Puji berlebihan pun jadi punca penyakit ain, PU Syed ulas tindakan Neelofa tak dedahkan wajah anak

 

TINDAKAN segelintir selebriti memilih untuk tidak mendedahkan wajah anak ketika bayi adalah wajar bagi mengelakkan terkena penyakit ain.

Dalam hal ini, Pencetus Ummah (PU) Syed memberitahu penyakit ain ini benar-benar wujud dan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.

Ia bukan sahaja disebabkan pandangan orang yang mempunyai hasad dengki, malah melalui pujian juga boleh mendorong kepada penyakit ini

“Ain ni adalah pandangan mata seseorang terhadap seseorang samada pandangan dengki atau pandangan taajub.

“Penyakit ni boleh datang daripada orang yang benci dengan kita dan daripada orang yang soleh.

“Bila ada orang tak tunjuk gambar anak di media sosial pada awal usia ia adalah tujuan untuk keselamatan sebab kita takut terkena penyakit ain,” katanya kepada mStar.

Sebelum ini, ada segelintir netizen berasa kurang senang dengan tindakan Neelofa menyembunyikan wajah anaknya Muhammad Bilal dengan meletakkan sticker pada foto yang dimuat naik di laman sosial.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatPress

Sumber: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*