Pasti anda masih ingat dengan wajah comel Arif Jiwa Asyraf iaitu anak kepada pasangan, Tya Ariffin dan Asyraf. Arif Jiwa Asyraf tidak hanya membuatkan ramai geram dengan kecomelannya sejak kecil malah kini peminat kagum dengan kepandaiannya.
Seperti kanak-kanak lain, Arif Jiwa Asyraf juga menerima banyak duit raya namun dalam sesi membuka duit raya tersebut, ibunya iaitu Tya Ariffin terharu dengan jawapan anaknya yang ingin menggunakan duit itu untuk perkara baik.
Perkongsian Tya Ariffin bagaimanapun dengan pantas tular mendapat perhatian warganet apabila si cilik popular yang pernah memenangi anugerah di Anugerah Meletop Era ini turut dipuji.
Menerusi perkongsian Tya Ariffin, dia menyangka anaknya yang juga merupakan cucu kepada penyanyi popular, Datuk Seri Siti Nurhaliza atau turut dikenali sebagai Tokti ingin membeli permainan.
Rakaman yang memaparkan Arif seronok membuka duit raya yang diperolehnya sambil mengatakan ingin menolong orang susah dengan duitnya itu menyebabkan ramai diruangan komen memuji kepandaian cucu Tokti ini dan didikan ibu bapanya.


Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMP
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatPress
Sumber: Sumber
Leave a Reply