Muatnaik gambar avacado,Bella bagi hint yang dirinya “sudah dimiliki”

Penyanyi dan pelakon Bella Astillah seakan memberi bayangan yang dia sudah berkahwin menerusi ruangan IG storynya menggunakan imej buah pisang dan avocado.

Menerusi satu  kempen kesedaran k4nser payudara,kaum wanita dikehendaki memilih buah-buahan sebagai kod yang mewakili status diri masing-masing tanpa perlu menyebut ia mempunyai kaitan dengan kempen yang sedang dijalankan.

Maka apabila Bella memuat naik gambar pisang, ia mewakili status “sudah berkahwin” dan avocado “saya sudah dimiliki”.

Sementara itu, Bella ketika ditanya mengenai dakwaan sudah kembali bersama Aliff Aziz menerusi segmen #ArtisDudukDiam bersama Astro Gempak, dia tidak menafikan atau mengiyakan perkara tersebut.

“Ramai yang tertanya-tanya tentang hubungan kami, saya hendak merahsiakan atau menipu tetapi biarlah biarlah masa yang menentukan.

“Doakan yang baik-baik. Terpulang kepada andaian masing-masing,” katanya tersenyum penuh makna.

Dalam pada itu, Bella berkata dia juga mengambil keputusan untuk tidak lagi berkongsi mengenai kisah peribadi secara terbuka di laman sosial.

“Buat masa sekarang saya lebih selesa untuk tidak berkongsi hal peribadi secara terbuka di media sosial kerana tidak mahu mengulangi perkara lepas.

“Saya belajar daripada kejadian yang lepas-lepas dan ia mengajar saya menjadi lebih matang sekarang,” katanya positif.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatPress

Sumber:Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*