PENYANYI dan cef selebriti, Dato Fazley Yaakob tampil menjelaskan salah faham yang berlaku dalam kalangan netizen apabila mereka menyangka penyampai berita,Allahy4rham Farit Ismeth Emir adalah bapa kepada isterinya, Datin Azrene Soraya Abdul Aziz.
Menurut Fazley, bapa mentuanya iaitu Abdul Aziz Nong Chik yang menjadi walinya ketika mereka bernikah kira-kira 14 tahun lalu masih berada dalam keadaan sihat.
“Salam takziah buat keluarga Allahy4rham Farit Ismeth Amir. Doa kami agar rohnya ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.
“Perlu juga saya perbetulkan tanggapan ramai orang yang turut menyampaikan ucapan takziah buat saya dan isteri saya Azrene kerana menyangkakan bahawa arw4h adalah ayah kandung beliau.
“Terlalu banyak ucapan takziah yang hadir di dalam Whatsapp kami sekeluarga. Sebetulnya ayah kandung Azrene masih lagi hidup dan sihat, dan namanya ialah Abdul Aziz Nong Chik. Yakni, wali yang menikahkan saya dan Azrene 14 tahun yang lalu,” katanya menerusi laman Instagram.


Sementara itu, Fazley berkata dia terpaksa menjelaskan mengenai perkara ini kerana bimbang wujud kekeliruan orang ramai.
Dalam masa sama, dia turut mengucapkan takziah kepada anak All4hyarham yang juga penyanyi dan komposer terkenal iaitu DJ Fuzz.
“Saya mohon maaf buat keluarga arw4h sekiranya post ini mengganggu emosi kalian semua.
“Niat saya hanya ini memperbetulkan kekeliruan yang berlaku Al-Fatihah buat arwah dan takziah buat keluarganya. Buat sahabat saya DJ Fuzz moga tabah menghadapi dugaan ini,” ujarnya.

Penjelasan Dato Fazley itu mendapat pujian dikalangan pengikutnya yang selama ini salah faham mengenai ayah kandung Datin Azrene.


Pada Isnin, penyampai berita Radio Televisyen Malaysia (RTM) itu meningg4l dunia akibat k4nser paru-paru di Hospital Assunta, Petaling Jaya, Selangor.
Farid Ismeth Emir, 66, merupakan penyampai berita veteran di RTM yang mengendalikan segmen berita Dunia Jam 10 sejak tahun 1990-an.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMP
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatPress
Sumber:mstar
Leave a Reply