[Video] Kisah wargaemas OKU yang patut kita insafi

Kisah yang dikongsikan oleh saudara Khairul Zulkefli ini sememangnya meruntun perasaan.

Kelihatan seorang warga emas 0KU, dengan hanya berkerusi roda menggugas kerusi rodanya seorang diri untuk membeli barang keperluan di sebuah pasaraya.

Oleh kerana dia tidak memakai penutup hidung dan mulut, maka pegawai bertugas di situ segera memakaikannya. Dia juga turut dipakaikan sarung tangan sebagai langkah keselamatan ketika membeli barangan.

Difahamkan dia membeli barangan selepas mendapat Bantuan Prihatin Negara (BPN) yang diumumkan kerajaan baru-baru ini.

Ketika ditanya mengenai latar belakangnya, dia memberitahu yang dia tinggal seorang diri bersama dengan kucingnya sahaja.

Dalam keadaan yang serba kekurangan,dia tetap mampu meneruskan kehidupan tanpa mengharapkan simpati dari sesiapa.

Smeoga kisah ini dapat kita jadikan iktibar betapa beruntungnya kita yang sempurna sifat diberi keselesaan dengan hanya duduk di rumah sahaja sepanjang tempoh PKP ini sedangkan ada insan lain yang serba kekurangan terpaksa bersusah mengharungi kesusahan seorang diri.

Semoga  Allah merahmati dan mempermudahkan urusan warga emas ini…

 

 

Kredit: Khairul Zulkefli

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatPress

Sumber: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*