Glenn Fredly dalam kenangan

Penyanyi popular Indonesia yang turut mendapat tempat dalam kalangan pendengar Malaysia, Glenn Fredly, 44,menghembuskan nafas terakhirnya pada hari ini, Rabu, 8 April 2020, jam 6 petang waktu tempatan.

Berita mengejutkan itu dimaklumkan oleh rakan rapat beliau yang juga penyanyi, Tompi.

Media Indonesia melaporkan Glenn menemui aj4l di Rumah Sakit Setia Mitra, Jakarta, akibat meningitis.

Glenn berkahwin dengan bintang dangdut, Ayu Mutia tahun lalu dan baru sahaja menyambut kelahiran cahaya mata sulung mereka pada bulan Februari.

Glenn atau nama sebenarnya Glenn Fredly Deviano Latuihamallo, dilahirkan di Jakarta pada 30 September 1975.

Mendiang mula menceburi dunia muzik secara profesional selepas memenangi satu pertandingan nyanyian pada 1995.

Glenn cukup popular di Malaysia pada era 90-an dan awal 2000 menerusi lagu Januari, Adu Rayu, Sekali Ini Saja dan Akhir Cerita.

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatPress

Sumber: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*