Tampil berpakaian wanita dan bertelekung ketika mengerjakan ibadah umrah, tindakan Nur Sajat menimbulkan kemarahan ramai pihak serta tidak puas hati kerana perkara dilakukannya itu seakan mempersendakan agama.
Pelbagai kecaman dilemparkan kepada Sajat, malah ada yang terus membuat laporan kepada kerajaan Arab Saudi berhubung perkara itu agar diambil tindakan terhadap Sajat dan rakan-rakannya.

Lebih mengejutkan, isu Sajat itu bukan sahaja hangat diperkatakan di Malaysia malah turut diketahui oleh pihak berkuasa Arab Saudi. Perkara itu didedahkan oleh Pencetus Ummah (PU) Amin yang kini berada di Mekah sebagai mutawif.

Menurut PU Amin, dia telah ditegur oleh seorang anggota polis di sana yang mengingatkannya supaya tidak melakukan perkara-perkara yang tidak dibenarkan dan dilaknat Allah.
Malah, pihak polis itu turut memberi amarah agar tidak mencemarkan tempat suci dan ibadah bimbang ianya beri kesan buruk pada rakyat Malaysia yang mahu mengerjakan umrah selepas ini.
Dalam pada itu, PU Amin berharap perkara ini dapat diselesaikan secara baik. Katanya lagi, sudah lama dia bertegas mengenai hal Sajat sehingga dikecam teruk, namun dia tetap teruskan untuk memperjuangkan agama.
Rasanya sudah sampai masa pihak berwajib campur tangan mengenai hal identiti sebenar Nur Sajat yang sehingga kini masih lagi menjadi pertanyaan orang ramai.
Kalau Permainkan Agama Dah Terima Bala Di Tanah Suci.
Terus hangat diperkatakan mengenai kontroversi usahawan kosmetik Nur Sajat yang kini sedang menunaikan ibadah umrah bersama keluarga dan rakan-rakannya, akaun Instagram Sajat turut dihujani dengan komen kecaman daripada netizen.
Rata-rata netizen mengecam tindakannya yang sungguh berani mempermainkan agama. Kata netizen lagi, tindakannya itu bukanlah perkara yang boleh dibuat main apatah lagi berpakaian wanita dan solat di tempat jemaah wanita.
Tidak hanya berdiam diri, Sajat menyelar netizen yang mendakwanya mempermainkan agama dengan membalas jika dia berbuat demikian sudah pasti Allah akan memberi bala kepadanya di sana.

Terdahulu, tular sekeping gambar di media sosial Sajat bersama dua lagi rakannya ketika di lapangan terbang memakai jubah lelaki sedangkan sebelum ini Sajat ada memuat naik fotonya bertelekung sekaligus menjawab persoalan netizen.
Leave a Reply