Nampaknya kontroversi terpalit Nur Sajat yang berpakaian wanita dan bertelekung ketika mengerjakan ibadah umrah menjadi perdebatan hangat netizen yang masih tertanya-tanya jantina sebenar usahawan kosmetik itu.
Terbaru, agensi yang membawa Sajat menunaikan umrah mendakwa usahawan itu mengaku sebagai lelaki ketika mendaftar. Menurut jurucakap Albayt Travel (M) Sdn Bhd, Sajat mengemukakan dokumennya sebagai lelaki dan tidak memberitahu dirinya seorang khunsa.
Bagaimanapun, apabila tiba di Tanah Suci, Sajat sebaliknya memberitahu kepada mutawif disana dirinya seorang khunsa pula.
“Menjadi persoalan jika betul dirinya seorang khunsa mengapa ketika ingin menaiki penerbangan dari Kuala Lumpur dirinya masih seorang lelaki.
“Pihak Konsulat Malaysia di Jeddah, Arab Saudi juga sudah menghubunginya bertanya kejadian itu sebelum dia mendakwa memiliki surat dari mahkamah menyatakan dirinya seorang khunsa,” katanya ketika Harian Metro.
Dalam pada itu, agensi itu berkata surat mahkamah yang dikatakan ada pada Sajat itu tidak pernah dimaklumkan kepada pihak Albayt Travel. Pihak agensi juga memaklumkan mereka sudah menasihati Sajat agar terus menjadi lelaki sepanjang di Tanah Suci.
“Kami sudah meminta dia (Nur Sajat) membuat permohonan maaf semalam dan memadamkan semua gambar serta video di dalam laman sosialnya.
“Saya juga nasihatkan dia terus jadi lelaki sepanjang berada Tanah Suci selepas tiba di Makkah kelmarin,” katanya.
Agensi turut memaklumkan, Nur Sajat dikhabarkan masih lagi berada di Tanah Suci kerana sebelum ini dia sudah pun menziarah Madinah. Pihak agensi juga menafikan dakwaan Sajat telah ditahan oleh pihak berkuasa di Arab.
Nur Sajat Sudah Dibawa Keluar Dari Mekah

Susulan tindakannya berpakaian wanita dan bertelekung di Mekah hangat diperkatakan, agensi yang membawa Nur Sajat mengerjakan umrah, mengesahkan bahawa usahawan kosmetik itu sudah dibawa keluar dari Tanah Suci.
Pihak Albayt Travel (M) Sdn Bhd berkata, mereka terpaksa mengambil tindakan terbabit berikutan isu tersebut menjadi kontroversi dan mendapat perhatian banyak pihak.
Agensi itu juga mendakwa pihaknya sukar mendapat kerjasama daripada Sajat dan sebarang perbincangan hanya dilakukan melalui orang tengah iaitu melalui pembantu peribadinya.
“Kami sudah meminta mutawwif membawa keluar rombongan Nur Sajat seramai 10 orang (termasuk mutawwif) keluar dari Makkah. Mereka dibawa untuk sesi lawatan di sekitar Madinah.
“Setakat ini, sukar untuk mendapat kerjasama Nur Sajat, sebaliknya perbincangan lebih banyaj menerusi pembantu peribadinya,” katanya kepada BH Online.
Menurut agensi itu lagi, pihaknya turut meminta Sajat membuat permohonan maaf secara terbuka kerana menimbulkan kekecohan dengan tindakannya memakai telekung semasa mengerjakan umrah.
“Setakat ini, Nur Sajat hanya menjawab meminta tunggu sehingga dia kembali ke tanah air. Pihak kami terutama mutawwif cuba berhubung dengan ibu bapanya, kerana hanya keluarga terdekat yang mengetahui status jantinanya. Bagaimanapun, ibu bapa Nur Sajat juga agak sukar diajak berbincang,” katanya.
Dalam pada itu, Albayt Travel turut memaklumkan, dakwaan kononnya Nur Sajat ditangkap polis Arab Saudi belum disahkan kedutaan di sana.
Difahamkan, petang ini Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan akan mengadakan pertemuan dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai isu jantina Sajat.
Leave a Reply