Drama rantaian Sweet Dreams arahan Michael Ang pernah mencetuskan fenomena sekaligus menaikkan nama hero drama itu, iaitu pelakon Ben Amir.
Walaubagaimanapun, Ben Amir tidak dapat lama mengecapi populariti itu lantaran Kawalan Pergerakan yang membataskan kerjaya nya sebagai pelakon.
Menurut Ben, sebagai anak seni dia menyedari akan ada turun naik dan kini sedang mempersiapkan diri untuk kembali aktif dalam bidang lakonan.
“Alhamdulillah selepas kejayaan tahun lepas… graf naik tapi sebab PKP, jatuh sikit. Tapi tak apa sebab sebagai pelakon ada turun naik… namun apabila dah jatuh kena naik balik.
“Sekarang ni masa untuk pemulihan selepas enam bulan tak berlakon, ” katanya ketika ditemui semasa majlis tayangan perdana filem Aku, Bunga.
Ketika ditanya mengenai pelakon gandingannya dalam drama Sweet Dreams iaitu Mira Filzah akan mendirikan rumah tangga tidak lama lagi, Ben Amir turut gembira mendengar perkhabaran tersebut.
Dalam pada masa yang sama Ben Amir juga berharap agar suami Mira Filzah mengizinkan aktres itu untuk terus berlakon.
“Saya seronok dia nak kahwin, harap lepas ni dapat berlakon lagi dan suami izinkan… saya selesa berlakon dengan dia.
“Tentang jodoh? Saya lambat lagi… dalam dua, tiga tahun lagi. Bagi betul-betul stabil, calon pun tak ada. Tengah kenal-kenal, ” ujarnya.
Ben Amir merupakan finalis Hero Remaja 2012 disamping Fattah Amin (juara), Syafiq Kyle, Hafidz Roshdi, Nazrief Nazri, Hafreez Adam, Fendy Bakry, dan Saharul Ridzwan yang dimana kesemua mereka kini berjaya mencipta nama sebagai pelakon drama dan filem.
Semoga terus sukses, Ben!
Sumber:mstar
Leave a Reply