“Sedih sebab perkahwinan ini kita nak bahagia dan sampai bila-bila. Mungkin ada macam dugaan Allah SWT hantar dan macam mana kita kawal. Apa-apa pun saya berserah kepada hati dan niat dan mencari kebahagiaan,”
Itu jawapan pelakon cantik Nadia Brian, 29, apabila ditanya mengenai alam rumahtangga yang dibina bersama suami,
Muizz Nasruddin.
Bagaimanapun Nadia men4fikan dakwa4n rumah tangga yang dibina bersama Muizz, sedang bermasalah.
Ia berikutan tindakan pelakon itu yang tidak lagi memuat naik gambar bersama suami selepas kali terakhir pada Aidilfitri lalu.
Nadia atau nama sebenarnya Nadia Najwa Mohamed Rashidi Brian ketika dihubungi berkata dia enggan berkongsi soal peribadi di media s0sial.
Apa yang penting baginya ialah soal kerja dan tidak semestinya apabila tidak memuatnaik gambar pasangan menunjukkan hubungannya kini bermasalah.
Tambah Nadia lagi, fokusnya kini ialah pada ibu dan neneknya yang tidak sihat.
“Dengan suami okay saja. Saya tak nak ulas banyak mengenai dirinya. Dia pun perlukan privasi sebab dia bukan orang industri hiburan. Mungkin dia tak biasa. Dia okay dan sentiasa menyokong saya. Saya doa yang baik-baik saja dan harap doa yang baik-baik untuk kebaikan semua orang,” katanya lagi.
Bagaimanapun, Nadia yang juga pelakon filem Ratu Kala Jengking : Puteri Keranda turut menangis ketika ditemubual terutama apabila bercakap mengenai rumah tangga.
“Biasalah awal perkahwinan akan ada pasang surut. Apa yang penting saya tak buat masalah dalam kerja dan buat masalah dengan sesiapa pun. Saya hanya dengan diri sendiri dan fokus kerja,” katanya.

Sekadar info,Nadia dan Muizz berkahwin pada 9 November tahun lalu selepas Muizz melamar Nadia di kota romantik Paris.
Sumber:HM
Leave a Reply