Jangan pandang ringan bab basuh pakaian, sebab terkait soal ibadah juga

Islam ialah satu cara hidup yang sempurna dari segi syariatnya dan lengkap pula dari tatacara pengamalannya.

Taharah atau bersuci merupakan suatu bab yang begitu penting dalam kehidupan seorang Muslim kerana ia punca atau asas penerimaan segala amal ibadat.

Dan kerana itulah, dalam kehidupan kita seharian, perkara yang perlu dititikberatkan ialah kebersihan.

Ini kerana kebersihan bukan sahaja berkait dengan kesihatan, tetapi kebersihan juga melibatkan soal ibadah, soal hubungan kita dengan Tuhan.

Tidak kiralah sama ada kebersihan diri ataupun pakaian yang dipakai.

Contoh yang paling senang, sebelum solat lima waktu,kita perlu pastikan pakaian yang dipakai bersih dari segala hadas kecil dan besar.

Jika bab ini kita ambil ringan, kerana bimbang solat dilakukan tidak sah dan hanya sia-sia.

Perkongsian di laman sosial Facebook Puan Nazatul ED Najah memberitahu perihal bab taharah ini terutama dalam urusan solat wajar diberi perhatian:-

1. Seluar dalam terkena keputihan, masuk sekali dalam mesin basuh, putar semua sekali dengan baju baju lain. Baju anak baju suami semua campur. Sepatutnya kena cuci dulu keputihan tu bagi bersih sampai hilang bau, warna dan rasa.

2. Pakai clothpad (pad jenis kain). Cuci cuci sikit sampai dah tak banyak daarah. Kemudian campak sekali dalam mesin bersama pakaian lain. Tak boleh ye kalau masih ada kesan daarah. Masih jelas warna dar4h walaupun setompok pun, ia tetap najis. D4rah ialah najis. Kalau nak campak sekali dalam mesin tu kena cuci bersih sampai hilang bau, warna dan rasa.

 

3. Seluar baju anak terkena sikit sikit najis campur je terus masuk mesin basuh. Zetttt masuk mesin basuh campur segala pakaian. Maka bernajislah seluruh pakaian. Sama step, kena cuci guna air mengalir dulu dan hilangkan semua kesan. Hilang bau, warna dan rasa.

 

Apa akibatnya?
Bila seluruh pakaian menjadi najis, dipakai pula bawa solat. Apa akibatnya pada ibadah kita?

Tapi ada juga mesin basuh ‘patuh syariah’. Jadi boleh refer orang yang lebih arif bab mesin basuh ni ya.

4. Bila sebut najis, kita faham tahi je. Sedangkan najis termasuklah air kencing, air liur basi, dan banyak lagi. Najis ada banyak jenis sebenarnya masa sekolah dalam subjek pendidikan Islam dah belajar. Mughalazah, mutawasitah dan mukhafafah. Ada pengkelasan nya.

5. Anak terkencing merata dalam rumah, amek mop, lap. Settle. Sedangkan perbuatan dia menyebabkan najis tu merebak rebak sebab ain nya belum disingkirkan. Ingat ya, najis ni kena singkirkan ain dulu, kemudian baru boleh tuang air mutlak, dan baru boleh mop. Kat sekolah ustaz ajar dah bab cuci najis ni. Saya masih ingat dengan jelas.

6. Berjalan merata pusing mall, masuk waktu solat terus ambil wudhuk tak check dulu kalau kalau ada air wadi atau keputihan. Belasah je amek wuduk terus solat. Ada juga jenis lepas pakai kain telekung dia buka panty dalam surau tu juga. Najis masih ada di kemalvan. Tak sah solat sebab solat bawa najis.

Pastikan check dulu dan cuci jika ada apa apa kesan di seluar dalam. Sebaiknya pakailah pantiliner, senang buang saja dan bersihkan kemaluan sebelum ambil wuduk.

Berat ke Islam ni?
Tak berat.. Kita je yang suka ambil ringan.

Tak tahu, belajar. Ramai je yang boleh ajar. Sebab tu kan dalam Islam ni tugas suami didik isteri. Kalau suami tak tahu, suami pergi belajar atau izinkan isteri pergi belajar.

 

Semoga perkongsian ini bermanfaat, dan ibadah kita diterima olehNya.

 

 

 

Sumber:Kash00rga

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*