Umum mengetahui YouTuber terkenal negara, pasangan suami isteri, M. Sugu dan Pavithra yang baru-baru ini telah berpindah ke rumah baru.
Ramai juga yang membuat andaian hidup pasangan ini semakin mewah sejak video masakan mereka di Youtube menjadi vir4l dan menganggap pasangan tersebut kini benar-benar menjana pendapatan tinggi di YouTube sehingga mampu berpindah ke rumah baru yang lebih selesa.
Bagaimanapun, hakikatnya pasangan in bukanlah berpindah dek kerana hidup dengan hasil pendapatan YouTube yang lumayan.
Sebaliknya, Sugu memberitahu, selepas membuat keputusan berhenti kerja, dia tidak boleh terus tinggal di sana memandangkan rumah tersebut merupakan kuarters yang disediakan khusus buat pekerja ladang sahaja.
“Dulu saya tinggal di kuarters, jadi apabila sudah berhenti kerja, saya kena cari rumah lainlah. Rumah baharu ini pun bukan saya beli, saya hanya menyewa dengan membayar RM400 sebulan,” jelasnya.
Dalam pada itu, kata Sugu berkata dia tetap berhasrat untuk mencari pekerjaan lain sebagai sumber pendapatan tetapnya dalam menyara keluarga:
“Semua orang mahu berikan yang terbaik buat keluarga, begitu juga saya. Saya pun ingat nak cari kerja lain selepas ini. Tak bolehlah duduk rumah lama-lama. Tengoklah, mungkin kerja kilang ke atau apa sahaja yang ada dekat sini nanti,” katanya.
Begitupun, menurut Sugu, dia akan terus tetap memberikan komitmennya bersama isteri, S. Pavithra dalam menghasilkan video-video masakan seperti biasa: “Tak apa, kalau saya kerja nanti, masih ada masa di rumah untuk buat video pada waktu petang,” ceritanya.
Sebelum ini, kisah pasangan suami isteri keturunan India ini menerima perhatian rakyat Malaysia selepas video masakannya yang ringkas di YouTube menjadi popular
Bahkan, pasangan yang menggunakan nama saluran Sugu Pavithra di YouTube itu juga turut mendapat perhatian Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Terkini, Sugu Pavithra mempunyai lebih 600,000 pengikut (subscriber) di YouTube.
Sumber: myartis
Leave a Reply