PERSONALITI televisyen Ras Adiba Tadzi membuat pengumuman bahawa dia bakal meningg4lkan dunia penyiaran selepas 34 tahun berkhidmat dalam bidang tersebut.
Ulas Ras Adibah, 52,
“Setelah 34 tahun, saya bakal tinggalkan sesuatu yang saya kasihi dan dikasihi. Saya hidup makan, lena dan bertugas sebagai penyelaras pakaian, wartawan siaran, pengulas sukan, penerbit dan penyampai berita.
“Sejak 1986 di Jalan Liku, saya menjadi penyampai berita termuda negara. Saya seronok apabila diberi tugasan luar dan membaca berita. Ianya hidup saya.
“Teruja sungguh apabila mendengar kiraan saat untuk ke udara dan sejurus lampu dinyalakan. Namun hari ini adalah hari yang saya tahu akan jelang tetapi tidak tahu kapan akan tibanya,” katanya.
Ras Adibah berkongsi perkara tersebut di laman Instagram selepas selesai tugasan pembaca berita di NTV7 pukul 8 malam, Jumaat.
Rata-rata netizen meluahkan rasa s3dih tetapi turut mendoakan pemberita berpengalamn itu berjaya dalam hidupnya.
Dalam pada itu, Ras mengakui buat mudah baginya untuk membuat keputusan bersara daripada bidang tersebut dan memohon maaf kerana terpaksa berundur.
“Saya adalah seorang pemberita selamanya dan berat sungguh untuk saya buat keputusan ini. Saya harus tinggalkan kamu aduhai, jiwa saya.
“Dan malam ini pukul 8 di NTV7, berakhirlah sudah kisah cinta kita. Apabila dengan perlahan saya cabut keluar mikrofon yang tersemat di kolar jaket dan alat pendengaran dari dalam telinga saya.
“Kalbu saya teresak menangis kerana inilah pengakhirnya. Terima kasih TV3, terima kasih NTV7. Maaf kerana saya terpaksa berundur, bukan kerana tidak sayang tetapi kerana rancangan Illahi sudah tersusun rapi.
“Apa mungkin saya akan dirindui?” ujarnya.
Ras Adiba lumpuh separuh badan pada 2002 ekoran kema4langan yang dilalui nya pada tahun 1996.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMP
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatPress
Sumber:mstar
Leave a Reply