3bulan ditutup, tiket hari pertama pembukaan semula Disneyland Shanghai habis dijual!

Destinasi percutian impian kanak-kanak, taman tema Disneyland Shanghai,telahpun dibuka semula selepas hampir tiga bulan ditutup.

Walau bagaimanapun, pengunjung dikenakan beberapa syarat ketat mengikut garis panduan pencegahan C0VID-19.

Perintah penjarakan s0sial serta kerja-kerja pembersihan telah pun dilaksanakan di taman tema itu supaya dapat mengelak j4ngkitan waabak berkenaan.

Satu daripada 14 taman tema Walt Disney Company yang dibuka semula itu mewajibkan setiap pengunjung memakai topeng muka, menggunakan disinfektan dan penjarakan s0sial untuk bermain.

Menurut Presiden dan Pengurus Besar Shanghai Disney Resort, Joe Schott, pembukaan ini turut melegakan ramai pekerja Disney tentang masa depan mereka.

Bagaimanapun terdapat beberapa aktiviti taman tema tersebut yang tidak dapat dilakukan:-

1)Acara perarakan watak-watak Disney dihentikan bagi menghalang pengunjung berkumpul di bahu jalan.

2)Tiada lagi acara bergambar dengan Mickey dan Minnie Mouse kerana mereka hanya dibenarkan bergambar dari jauh.

3)Pertunjukan teater juga masih direhatkan, kecuali pertunjukan istana pada waktu malam tapi tanpa letvpan bunga api.

4)Pengunjung yang ingin menaiki rides seperti Pirates of the Carribean, perlu menjarakkan tempat duduk dengan setiap kerusi dinyhkuman selalu bagi membvnuh kuman.

Ini menjadi langkah signifikan buat syarikat Walt Disney Co yang terkesan apabila terpaksa menvtup semua taman tema di Asia, Amerika Syarikat dan Perancis.

Apabila jualan tiket dilancarkan pada Jumaat, tiket kemasukan buat hari-hari pertama pembukaan Disneyland berjaya habis dijual dalam tempoh yang singkat.

Minggu lepas, eksekutif-eksekutif Disney menganggarkan kervgian sebanyak AS$1.4 bilion (kira-kira RM6.1 bilion) yang terpaksa ditanggvng akibat penutvpan premis di serata dunia.

Demi kelangsungan perniagaan, Disneyland Shanghai terpaksa dibuka meskipun ia beroperasi di bawah paras potensi sepatutnya.

Kerajaan China telah mengehadkan kapasiti 24,000 pengunjung setiap hari, iaitu kira-kira satu pertiga daripada kapasiti normalnya sebelum C0VID-19.

Selain itu, harga tiket turut dikurangkan bagi menarik lebih ramai pengunjung yang kebanyakannya masih belum bersedia untuk melancong pada waktu ini.

Dalam masa yang sama, kebanyakan rakyat tempatan di sana menzahirkan kebimbangan mereka, bagaimana Disney boleh dibuka semula ketika semua sekolah di Shanghai masih ditutup?

Adakah perniagaan lebih penting daripada keselamatan pengunjung yang majoritinya adalah kanak-kanak?

Tepuk dada tanya selera. Kesihatan kita, tanggungjawab kita.

 

 

 

 

 

Sumber:n0na

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*