Bekas penyerang Terengganu, Mohd Khairul Ramadhan Mohd Zauwawi nekad untuk menggantvng but pada musim ini walaupun masih mendapat tawaran beraksi.
Untuk pengetahuan, Mohd Khairul Ramadhan adalah pemain terbaik perlawanan akhir Piala FAM 2018 ketika mewakili Terengganu City FC (TCFC) bersara awal disebabkan beberapa faktor termasuk tvnggakan gajinya bersama pasukan TCFC.
Dia kini akhmemilih kerjaya sebagai pemandu lori bagi mengangkut buah kelapa sawit di sekitar kampungnya di Setiu serta Jerteh dan Kuala Berang.
“Sepatutnya saya beraksi dengan sebuah pasukan daripada Liga M3 musim ini, semua proses sudah selesai tapi pada saat akhir sebelum menandatangani kontrak, saya mengambil keputusan untuk gantung but.
“Keputusan ini memang berat apatah lagi kerjaya bola sepak ini adalah periuk nasi saya untuk menyara keluarga, lebih-lebih lagi ketika itu Isteri, Mawardah Khalid sedang mengandung anak kedua.
“Namun disebabkan kecewa dengan bekas majikan yang sehingga kini belum lagi melunaskan tunggakan gaji sejak 2018 selain tidak dapat merasai nikmat sebenar sebagai juara Piala FAM kerana juga belum dapat bonus kemenangan, saya tiada pilihan melainkan nekad untuk bersara pada tahun 2020 ini.
“Kini dengan pekerjaan baharu sebagai pemandu lori walaupun agak janggal menceburi bidang ini, tapi sekurang-kurangnya saya lega kerana bekerja sendiri, lagipun lori berkenaan hak milik saya.
“Saya mula melakukan pekerjaan ini sejak dua minggu sebelum ketibaan Ramadan dan kerja ini bergantung kepada jumlah buah kelapa sawit, adakalanya lima kali seminggu angkut buah,” ujar Ramadhan dipetik sebagai berkata.
Sumber:BH
Leave a Reply