“Takkan saya nak main isu perkauman, saya juga Melayu”- Muzaffar Jakel tunjuk bukti

“DEMI Allah, Wallahi Wabillahi Watallahi saya sedikit pun tiada niat mainkan isu perkauman ataupun nak rasis.”

Demikian kata Muzaffar Mohamed Jakel apabila didakwa dirinya memperlekehkan orang Melayu menerusi satu posting di Instagram Story baru-baru ini.

Tampil dalam satu video berdurasi 11.39 minit yang dimuat naik di akaun Facebook dan Instagram pada malam Isnin, adik kepada Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Mohamed Faroz itu menjelaskan dengan panjang lebar mengenai isu yang sedang panas ketika ini.

Ulas Muzaffar,posting awalnya di Instagram Story itu telah dimanipulasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab sehingga akhirnya menyebabkan dia dikec4m hebat oleh netizen.

Keadaan bertambah t3ruk apabila satu akaun Facebook menggunakan nama Nor Lizah yang membuat posting seolah-olah ‘menyebelahi’ syarikat Jakel dan menghentam orang Melayu, menyebabkan dirinya makin hebat dikecam di laman sosial.

“Saya tak kenal Nor Lizah, dia seumpama ‘side’ saya untuk hentam orang menerusi komen. Dengan nama Allah saya tak ada bangkitkan isu perkauman.

“Tolong maafkan saya atas kesalahan saya menaikkan status, itu memang salah saya sebab naikkan sentimen Melayu.

“Saya juga ada buat laporan polis atas nama Nor Lizah. Saya buat report kerana saya berani. Berani kerana benar. Saya tak takut,” katanya di dalam video tersebut.

Saya dan bapa saya, dalam surat beranak pun keturunan Melayu… takkan saya nak main isu perkauman.

Penjelasan menerusi video ini dibuat tidak berapa lama selepas dia tampil mengemukakan permohonan maaf menerusi satu posting di Instagram.

Muzaffar juga tidak menafikan posting di Instagram Story itu dimuat naik ketika dirinya sedang dalam keadaan ‘tidak berapa baik’.

Namun menurut Muzaffar, perkara itu bermula apabila dia diserang dengan dengan bahasa yang kesat selepas ada individu memviralkan salah satu postingnya di Twitter, seolah-olah syarikat Jakel tidak peka kepada situasi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) apabila mahu memulakan operasi.

Bagaimanapun tegasnya, dia sama sekali tidak berniat untuk membangkitkan isu perkauman ataupun memperlekehkan masyarakat Melayu.

“Saya nak beritahu, Jakel berjaya pun sebab orang Melayu sokong dari masa buka dahulu sampai sekarang,” ujarnya lagi.

Dalam masa yang sama, Muzaffar merayu agar netizen tidak ‘melancarkan’ serangan kepada ahli keluarganya yang lain kerana ternyata perkara itu disebabkan oleh kekhilafan dirinya sendiri.

“Abang saya sangat humble dan sangat baik. Saya saja yang teruk. Saya nak pesan, yang hina (arw4h) bapa, tolong hentikan. Saya tak boleh terima. Arw4h dah lama ‘pergi’. Kesian saya dan ahli keluarga terutama mak saya. Saya tak beritahu mak, tapi bila dia tahu dia sedih,” katanya.

Susulan itu, Muzaffar sekali lagi memohon maaf kepada netizen khususnya masyarakat Melayu di atas keterlanjurannya memuat naik posting yang menyinggung perasaan ramai.

“Di bulan Ramadan ni, dengan berkat bulan Ramadan saya merendah diri susun jari mohon maaf kepada semua orang, maafkanlah saya. Kepada semua yang mem4ki hamun saya, ahli keluarga saya dan ayah saya, kami maafkan semua orang.

“Wallahi tak ada rasa sakit hati kepada orang Melayu yang maki kita kerana kita tahu anda belum cerita sebenar. Sama-sama bulan Ramadan ini kita bermaafan, kita tak mahu panjangkan isu ni.

“Minta anda semua support kita balik, post dekat Instagram anda dan beritahu hal sebenar, beritahu ini adalah fitnah untuk jatuhkan Jakel. Yang baik datang dari Allah, yang buruk datang dari saya,” akhirinya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatPress

Sumber: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*