Korea Selatan kekal lengang walaupun tiada lockdown

Korea Selatan ialah negara pertama yang melaporkan bilangan kes C0VID-19 di luar China serta antara yang terjejas teruk akibat itu.

Seorang rakyat Malaysia yang menetap di sana,Kina Omar, yang mengusahakan industri pelancongan Jeju Muslim Travel di negara tersebut bersama suami turut merasai kesannya.

Sebagai seorang yang telah lama menghuni bumi kimchi itu, Kina berkongsi sedikit sebanyak tentang keadaan terkini di Korea Selatan.

“Walaupun Korea Selatan kesnya agak tinggi tetapi di Pulau Jeju hanya terdapat empat kes positif C0VID-19. Namun kini keempat-empatnya sudah kembali pulih.

Kini keadaan sangat terkawal. Semua masyarakat di Korea Selatan mengikut arahan dengan menjaga keselamatan diri serta keluarga. Mereka sentiasa memakai topeng muka serta hand sanitizer walaupun sedang bekerja di dalam pejabat.

Antara langkah-langkah pembendungan yang dilakukan oleh kerajaan agar wabak C0VID-19 tidak merebak dengan lebih serius ialah semua restoran serta kedai tidak membenarkan warganegara China memasuki premis mereka.

Selain itu, untuk mengekang wabak COVID-19 daripada terus menular kerajaan Korea Selatan turut menyekat kemasukan warganegara China.

Keadaan di Jeju lengang, tiada pelancong dan ramai yang stay indoor walaupun negara tersebut tidak melakukan lockdown. Seperti mana kita tahu masyarakatnya sangat berdisiplin.

NASIHAT

C0VID-19 memberi impak kepada kita semua, satu dunia terkesan. Jika anda tidak dijangkiti virus COVID-19, anda mungkin akan terkesan dengan hilang pekerjaan, hilang sumber pendapatan, gaji dipotong dan ekonomi negara yang jatuh merudum.

Jika tidak terkesan hari ini, mungkin akan terkesan minggu depan atau bulan depan atau tahun depan (sekiranya COVID-19 masih belum pulih). Oleh itu, marilah kita sama-sama mematuhi arahan PKP untuk kebaikan bersama termasuk frontliners yang sedang berjuang di hospital.

Tinggal di rumah, jaga kebersihan, kekalkan jarak sekurang-kurangnya 1 meter dari orang lain, jangan berjabat tangan dan pakai topeng muka. Hand sanitizer sentiasa ada apabila keluar rumah. Together we can fight this virus! 

Kesimpulannya, saya menganggap COVID-19 ini sebagai satu ‘blessing in disguise’. Sejak tahun lepas lagi, saya berdoa kepada Allah SWT semoga ada masa untuk luang lebih banyak masa bersama keluarga. Dapat berehait kerana saya sudah penat bekerja selama lima tahun.

Paling seronok kini saya dan suami dah kurang bercakap hal-hal kerja. Terima kasih Allah, inilah kebahagiaan yang kami tak dapat sebelum ini. Apa yang berlaku ada hikmahnya.

Cari titik positif di setiap musibah yang berlaku. Pasti kita akan merasa bahagia dan sentiasa bersyukur,” akhiri Kina yang kini telah berada di Malaysia bersama keluarga tersayang.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatPress

Sumber:Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*