EMMANUEL Adebayor mencetuskan rasa kurang senang peminatnya selepas pasukannya memuat naik video menunjukkan koleksi kereta mewahnya,sehari selepas dia enggan menderma bagi membantu memerangi pandemik C0vid-19.
Akaun Instagram ‘Team_Adebayor’ memuat naik video itu bertujuan untuk memberi inspirasi kepada semua bahawa mereka boleh meraih kejayaan seperti dicapai oleh bekas bintang Tottenham dan Manchester City itu.
Bermula dengan kereta berjenama Rolls Royce, video itu kemudian menunjukkan lapan lagi kereta mewah termasuk empat Mercedes Benz, dua Porsche, BMW dan Range Rover.
Tulisan yang tertera pula ialah: “#MondaMotivation video ini bukan mahu menunjukkan apa yang dimiliknya, sebaliknya anda boleh mencapainya juga. Apa yang anda perlu lakukan adalah percaya kepada diri anda dan terus bekerja keras walaupun tiada sesiapa melihatnya.”
Adebayor ketika ini berkurung di tempat asalnya, Togo, enggan mendermakan wangnya bagi membantu memerangi pandemik itu.
Bintang berusia 36 tahun yang kini beraksi bersama Olimpia di Paraguay, menerima gaji £175,000 (RM940,000) seminggu ketika di Stadium Etihad.
Menurut sumber, Adebayor enggan menderma kerana bekas kapten skuad kebangsaan itu berasakan ia bukan menjadi tanggungjawabnya untuk membantu memerangi C0vid-19.
Lebih 100 orang disahkan positif C0vid-19 di negara itu dengan sembilan m4ut akibat pandemik berkenaan.
Sumber:HM
Leave a Reply