“Bukan sengaja nak jolok,segala lubang,muntah kami kena hadap” -Doktor Sakinah kongsi pengalaman buat ujian C0vid-19

Siapa pernah ada pengalaman atau pernah nampak bagaimana petugas kesihatan membuat ujian sampel swab (kapas kesat) yang diambil dari hidung dan mulut.

Memang ng3ri apabila swab poliester yang panjang itu dimasukkan jauh ke dalam rongga hidung dan mulut.

Namun, seorang doktor menjelaskan bahawa mereka bukan sengaja menjadi kej4m untuk berbuat demikian terhadap mereka yang melakukan ujian saringan C0vid-19.

Menurutnya, swab itu nanti akan dihantar ke makmal untuk dijalankan ujian Real-time Polymerase Chain Reaction (rt-PCR) .

 

“Bukan sengaja jadi kej4m. Bukan kami sengaja nak menjolok lubang hidung mahupun sengaja nak menjolok anak tekak tuan-puan.

“Ia merupakan prosedur terbaik yang disarankan oleh pakar-pakar seluruh dunia untuk mendiagnosis C0vid-19 dalam kalangan masyarakat,” begitu lah penjelasan  Dr Sakinah Sulong menerusi satu perkongsian di halaman Facebooknya.

Berkongsi pengalamannya menjalankan prosedur ujian swab, Dr Sakinah terfikir kemungkinan ada pihak yang menganggap petugas kesihatan adalah kej4m.

Tetapi semua golongan perlu menjalani prosedur yang sama, termasuk orang tua, anak kecil dan wanita mengandung.

“Kalau ada orang yang menepis tangan kami atau mengalihkan kepala mereka, memang susah bagi kami nak dapatkan spesimen yang baik.

“Selalunya kami pujuk baik-baik. Tapi kalau dah melampau, memang boleh hilang kesabaran kami,” tambahnya.

Menurut Dr Sakinah, beliau mengakui tanggapan segelintir masyarakat yang melihat prosedur berkenaan sebagai menggelikan.

“Siapa yang tak geli dengan prosedur ‘kotor’ sebegini, memang boleh termuntah nak buat. Nasib baik kami yang jadi petugas kesihatan ni, dah biasa.

“Bukan setakat lubang hidung, anak tekak, segala lubang atau muntah kami kena hadap. Memang tolak ke tepi rasa g3li tu. Inilah kerja kami,” katanya.

Dr Sakinah juga memohon maaf sekiranya terdapat keadaan yang memaksanya meninggikan suara semasa menjalankan prosedur tersebut.

 

“Bukan senang nak bercakap dengan topeng muka dan facial shield. Dengan peluh menitik-nitik, panas yang teramat, kesabaran saya memang cepat menipis kalau ada yang tak nak bagi kerjasama atau demand bagaikan mereka anak raja.

“Kerana apabila mereka melambat-lambatkan prosedur, makin ramai yang akan menunggu dan semakin banyak tenaga kami terbazir dalam sut PPE (peralaan perlindungan diri) yang panas tu. Dengan itu, saya minta maaf.

“Tapi percayalah, ini semua usaha yang penting untuk kebaikan anda juga, akhirnya,” katanya sambil menambah agar semua pihak memahami peranan petugas kesihatan dalam memastikan penularan wabak C0vid-19 berakhir.

 

 

 

 

 

 

 

Sumber:mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*