Seorang murid darjah tiga Sekolah Kebangsaan Seri Budiman, Kuala Terengganu ,Lara Khadijah McAfee telah mengirimkan sepucuk surat penghargaannya kepada Dr. Noor Hisham kerana berjaya memimpin pasukan pengurusan C0vid-19 negara.
Surat comel bertulisan tangan turut disertakan sekali dengan seutas rantai tangan Loom Band sebagai tanda persahabatan.

Dan amat tidak disangka surat dari peminat cilik itu mendapat balasan dari Dr Noor Hisham sendiri!
“Terima kasih Lara di atas kiriman surat dan rantai tangan itu,” tulis Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah kepada Lara Khadijah McAfee.
Beliau yang terharu dengan bingkisan dan penghargaan yang diberikan itu mengucapkan terima kasih kepada kanak-kanak berusia sembilan tahun berkenaan.
Seperti biasa, Dr. Noor Hisham tidak mahu menerima sanjungan itu sendirian sebaliknya menyatakan usaha yang dijalankan sepanjang perang Covid-19 ini adalah usaha berpasukan.
Malah ujarnya, beliau bersyukur kerana dikurniakan sebuah pasukan yang hebat untuk membantu negara menghadapi p4ndemik ini.
Dr Noor Hisham yang disenaraikan sebagai antara tiga doktor terbaik dunia dalam menguruskan C0vid-19 itu, turut meningga4lkan kata-kata nasihat kepada Lara Khadijah untuk belajar dengan gigih supaya dapat membantu negara kelak.
Apa yang menarik,Dr Noor Hisham menandatangani surat tersebut sebagai kawan baharu kepada Lara Khadijah.

Dr. Noor Hisham, dalam suratnya itu juga memaklumkan bahawa rantai tangan tersebut kini dipakai oleh cucunya dan dia menyukai gelang tersebut.
Untungnya Lara!
Sumber: Sumber
Leave a Reply