Peminat Tanya Dah Tinggalkan Dunia Glamor Ke? Ini Jawapan Saharul Ridzwan

Biarpun sudah lama tidak muncul di kaca televisyen, pelakon Saharul Ridzwan masih mempunyai peminatnya yang tersendiri. Baru-baru ini Saharul menjawab persoalan peminat yang bertanya tentang status terkini dirinya dalam industri seni tanah air.

Tak tinggal industri seni

Pada Isnin, Saharul atau nama sebenarnya Muhammad Saharul Ridzwan Hashim membuka sesi ‘Ask Me Question’ bersama peminat di Instagram Stories miliknya.

Antara soalan yang diajukan oleh individu yang tidak diketahui identiti adalah mengenai perkembangan karier pelakon itu yang bertanya adakah Saharul sudah meninggalkan industri seni.

“Abang dah tinggalkan industri seni ke?”

Menjawab pertanyaan tersebut, Saharul memberitahu dia sentiasa ada di dalam industri dan menganggap bidang seni itu luas serta berada dimana-mana. Saharul kini dilihat semakin fokus dalam bidang perniagaan dan aktif mempelajari sunnah.

Untuk rekod, Saharul mendirikan rumah tangga dengan Qaabila Deena Emir Mohamed Akif Emir pada September 2016 dan pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad Luth Ali, 5, dan Fateema Azzahara, 2.

Komen netizen:

 

 

Sumber : https://www.sinarviral.kini.blog/

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatPress

Sumber: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*